Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:19 - Alkitab Versi Borneo

19 Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:19
36 Iomraidhean Croise  

Jawab Daud kepada Gad, “Hal ini sangat menyesakkan bagiku. Biarlah kita jatuh ke tangan TUHAN, kerana rahmat-Nya besar. Jangan aku jatuh ke dalam tangan manusia.”


sebagaimana jauhnya timur dari barat, begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita.


Dan Dia akan menebus Israel daripada segala dosanya.


Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu; Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.


Tidak ada penduduk Sion yang akan berkata, “Aku sakit.” Rakyat yang tinggal di situ akan diampuni kesalahan mereka.


Sesungguhnya, kepahitan yang dalam mendatangkan kesejahteraan bagiku. Kerana kasih-Mu kepada jiwaku, Engkau telah melepaskannya daripada lubang kebinasaan. Engkau telah melemparkan segala dosaku ke belakang-Mu.


Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu.


Adakah Efraim itu anak kesayangan bagi-Ku, adakah dia anak emas? Kerana setiap kali Aku mengancam dia, Aku pasti terkenang lagi kepadanya. Itulah sebabnya hati-Ku rindu kepadanya, Aku pasti mengasihaninya,” demikianlah firman TUHAN.


Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.”


Aku akan menyucikan mereka daripada segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa terhadap Aku. Aku akan mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa dan menderhaka terhadap Aku.


Pada waktu itu dan pada saat itu,” demikianlah firman TUHAN, “kesalahan Israel akan dicari tetapi tidak akan ada, begitu pula dosa Yehuda tetapi tidak akan didapati, kerana Aku akan mengampuni orang yang Kujadikan saki-baki.


Kerana kasih setia TUHAN tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar.


Sekalipun Dia mendatangkan dukacita, belas ihsan-Nya setimpal dengan kelimpahan kasih-Nya yang abadi.


Segala pelanggaran yang dilakukannya tidak akan diingat lagi. Dia akan hidup kerana melakukan yang benar.


Aku tidak akan menyembunyikan hadirat-Ku lagi daripada mereka kerana Aku telah mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunan kaum Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH.”


Tempoh masa tujuh puluh minggu telah ditentukan atas bangsamu dan atas kota sucimu untuk mengakhiri pelanggaran, untuk menghentikan dosa, untuk melakukan pendamaian atas kesalahan, untuk mendatangkan perbenaran yang kekal, untuk memenuhi penglihatan dan nubuat, dan untuk mentakdiskan yang maha suci.


Bawalah kata-kata penyesalan berserta kamu dan kembalilah kepada TUHAN. Katakanlah kepada-Nya, “Ampunkanlah segala kesalahan kami dan terimalah apa yang baik, maka kami akan mempersembahkan pujian seperti korban lembu jantan.


“Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka.


Lalu malaikat itu bersabda kepada mereka yang berdiri di hadapannya, “Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu daripadanya.” Dia bersabda pula kepada Yosua, “Lihat, aku telah menjauhkan kesalahanmu, dan aku akan mengenakan pakaian pesta kepadamu.”


Kerana dosa tidak akan menjadi tuanmu, disebabkan kamu bukan di bawah hukum, tetapi di bawah kasih kurnia.


Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup,


maka TUHAN, Allahmu, akan memulihkan keadaanmu dan akan mengasihani engkau. Dia akan kembali menghimpunkan kamu daripada kalangan bangsa di mana TUHAN, Allahmu, mencerai-beraikan kamu.


TUHAN, Allahmu, akan menyunat hatimu serta hati keturunanmu, sehingga kamu mengasihi TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu, supaya engkau dapat hidup.


TUHAN akan membela perkara umat-Nya dan berbelas kasihan kepada hamba-hamba-Nya, apabila dilihat-Nya kekuatan mereka lenyap dan tidak ada yang terselamat, baik orang kurungan mahupun orang merdeka.


Kristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, menjadikan kita milik-Nya serta mendorong kita berbuat baik.


Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.”


Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan