Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:18
80 Iomraidhean Croise  

Bukankah benar jika kamu berbuat baik, kamu akan berkeadaan bagus? Tetapi jika kamu tidak berbuat baik, dosa memang mengintai peluang, menanti ketika untuk berleluasa, namun kamu perlu menguasainya.”


Katanya, “Ya TUHAN, Allah Israel, tidak ada Allah yang seperti Engkau, baik di langit di atas mahupun di bumi di bawah. Engkau berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi bagi hamba-hamba-Mu yang hidup di hadapan-Mu dengan segenap hati mereka.


Jika kamu kembali kepada TUHAN, maka para saudaramu dan anak-anakmu akan mendapat belas kasihan di hadapan orang yang menawan mereka, sehingga mereka dapat kembali ke negeri ini, kerana TUHAN, Allahmu, sememangnya maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tidak akan memalingkan wajah-Nya daripada dirimu jika kamu kembali kepada-Nya.”


Dengarlah kiranya permohonan hamba-Mu dan umat-Mu Israel ketika mereka berdoa dengan menghadap ke tempat ini. Dengarlah dari tempat tinggal-Mu di syurga, dan ampunilah kami ketika Engkau mendengarkannya.


Mereka tidak mahu taat dan tidak mengingati perbuatan-perbuatan ajaib yang telah Kaubuat dalam kalangan mereka. Mereka mengeraskan hati, dan dalam penderhakaan mereka itu, mereka melantik seorang pemimpin untuk kembali ke dalam kancah perhambaan. Namun demikian, Engkau ialah Allah yang pengampun, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, sehingga Engkau tidak meninggalkan mereka.


Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak, demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya;


Tetapi ada pengampunan dengan-Mu; supaya Engkau ditakuti.


Semua tulangku akan berkata, “TUHAN, tiada siapa seperti-Mu, yang menyelamatkan orang daif daripada orang yang terlalu kuat bagi mereka, ya, menyelamatkan orang miskin dan sesak daripada orang yang merampas milik mereka.”


Dosa-dosaku terlalu berat bagiku, kami manusia berdosa, tetapi Engkau melorongkan pendamaian.


Diberkatilah orang yang Kaupilih untuk mendekati-Mu! Dan tinggal di tempat Engkau bertakhta, kami akan dilimpahi berkat rumah-Mu, tempat suci-Mu.


Perbenaran-Mu, ya Allah, mencecah langit, Engkau telah membuat perkara yang besar-besar. Ya Allah, siapa yang serupa dengan-Mu?


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.


Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.


Kerana siapa di langit yang dapat dibandingkan dengan TUHAN? Siapa antara anak orang berkuasa dapat disamakan dengan TUHAN?


Ya TUHAN, Allah alam semesta, siapakah yang berkuasa seperti-Mu? Ya TUHAN, kesetiaan-Mu juga di sekeliling-Mu.


Siapakah seperti Engkau di antara tuhan, ya TUHAN? Siapakah seperti Engkau, mulia dalam kesucian, mengerikan dalam puji-pujian, wahai Engkau pembuat keajaiban?


Dia berkata, “Ya TUHAN, jika Engkau benar-benar berkenan kepadaku, maka hadirlah kiranya TUHAN menyertai kami biarpun memang bangsa ini bangsa yang keras kepala. Namun begitu, ampunkanlah kesalahan dan dosa kami, serta terimalah kami untuk menjadi milik-Mu.”


Marilah kita berperkara,” demikianlah firman TUHAN. “Sekalipun dosa-dosamu seperti kain merah tua, semuanya akan menjadi putih seperti salji; sekalipun merah seperti kesumba, semuanya akan menjadi seperti bulu domba.


Tidak ada penduduk Sion yang akan berkata, “Aku sakit.” Rakyat yang tinggal di situ akan diampuni kesalahan mereka.


Sesungguhnya, kepahitan yang dalam mendatangkan kesejahteraan bagiku. Kerana kasih-Mu kepada jiwaku, Engkau telah melepaskannya daripada lubang kebinasaan. Engkau telah melemparkan segala dosaku ke belakang-Mu.


Dengan siapakah kamu hendak menyamakan Allah? Dengan gambaran apakah kamu hendak membandingkan Dia?


“Dengan siapa kamu hendak menyamakan Aku sehingga Aku sejajar dengannya?” demikianlah firman Yang Maha Suci.


Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu.


Aku sudah menghilangkan segala pelanggaranmu seperti awan dan dosa-dosamu seperti kabus. Kembalilah kepada-Ku, kerana Aku sudah menebus engkau.”


Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya. Hendaklah dia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya.


Engkau penat kerana perjalananmu jauh, tetapi engkau tidak berkata, ‘Aku putus asa!’ Engkau mendapat kekuatan baru, sebab itu engkau tidak menjadi lemah.


Aku tidak mahu berbantah untuk selama-lamanya, dan Aku tidak mahu terus-menerus murka, nanti semangat orang menjadi lemah di hadapan-Ku, begitu pula nafas manusia yang Kujadikan.


Seperti seorang pemuda mengahwini seorang perawan, demikianlah rakyatmu akan menjadi suamimu. Seperti pengantin lelaki bergirang melihat pengantin perempuan, demikianlah Allahmu akan bergirang melihat engkau.


Janganlah murka sedemikian hebat, ya TUHAN, dan janganlah mengingati kesalahan kami untuk selama-lamanya. Oh, semoga pandanglah, kami semua ialah umat-Mu.


Aku akan bergembira kerana Yerusalem dan bergirang kerana umat-Ku. Suara tangisan tidak akan terdengar lagi di dalamnya, begitu pula suara jeritan.


Pergilah, serukanlah kata-kata ini ke utara. Katakanlah, ‘Kembalilah, wahai Israel, perempuan murtad,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku tidak akan memandang kamu dengan murka, kerana Aku ini pemurah,’ demikianlah firman TUHAN, ‘Aku tidak akan memendam murka untuk selama-lamanya.


Masakan Dia memendam amarah untuk selama-lamanya? Masakan Dia menyimpan murka untuk seterusnya?’ Itulah yang kaukatakan, tetapi sedapat-dapatnya engkau melakukan kejahatan.”


Adakah Efraim itu anak kesayangan bagi-Ku, adakah dia anak emas? Kerana setiap kali Aku mengancam dia, Aku pasti terkenang lagi kepadanya. Itulah sebabnya hati-Ku rindu kepadanya, Aku pasti mengasihaninya,” demikianlah firman TUHAN.


Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.”


Aku akan berasa girang berbuat baik kepada mereka dan Aku akan menempatkan mereka di negeri ini dengan kesetiaan, dengan segenap hati-Ku dan dengan segenap jiwa-Ku.


Aku akan menyucikan mereka daripada segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa terhadap Aku. Aku akan mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa dan menderhaka terhadap Aku.


Maka keluarlah Ebed-Melekh dari istana dan berbicara kepada raja,


Pada waktu itu dan pada saat itu,” demikianlah firman TUHAN, “kesalahan Israel akan dicari tetapi tidak akan ada, begitu pula dosa Yehuda tetapi tidak akan didapati, kerana Aku akan mengampuni orang yang Kujadikan saki-baki.


tetapi sesiapa yang hendak bermegah, biarlah dia bermegah kerana hal ini: bahawa dia memahami dan mengenal Aku, bahawa Akulah TUHAN, yang menunjukkan kasih abadi, keadilan, dan perbenaran di bumi. Sesungguhnya, hal-hal itulah yang Kusukai,” demikianlah firman TUHAN.


Adakah Aku menyukai kematian orang fasiq? demikianlah firman Tuhan ALLAH. Bukankah Aku lebih suka dia bertaubat daripada perilakunya supaya dia hidup?


Katakanlah kepada mereka, ‘Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku tidak menyukai kematian orang fasiq. Aku mahu agar orang fasiq bertaubat daripada perilakunya, supaya dia hidup. Bertaubatlah! Bertaubatlah daripada perilakumu yang jahat itu! Mengapakah kamu harus mati, wahai keturunan kaum Israel?’


Segala dosa yang dilakukannya tidak akan diingat lagi. Dia pasti hidup, kerana dia telah menegakkan apa yang adil dan benar.


Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya.


Bawalah kata-kata penyesalan berserta kamu dan kembalilah kepada TUHAN. Katakanlah kepada-Nya, “Ampunkanlah segala kesalahan kami dan terimalah apa yang baik, maka kami akan mempersembahkan pujian seperti korban lembu jantan.


Aku akan menjadi seperti embun bagi Israel. Dia akan berbunga seperti bunga bakung dan menjulurkan akar-akarnya seperti pokok araz Lebanon.


Maka akan terjadi kelak, semua orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan. Di Gunung Sion dan di Yerusalem akan ada orang yang terselamat, seperti yang telah difirmankan TUHAN, dan dalam kalangan yang tertinggal itu akan ada mereka yang dipanggil TUHAN.


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Edom, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana dia telah mengejar saudaranya dengan pedang dan meluputkan rasa belas kasihan — amarahnya terus merobekkan untuk selama-lamanya dan pengamukan geramnya disimpannya untuk selama-lamanya —


Firman TUHAN kepadaku, “Apa yang kaulihat, Amos?” Jawabku, “Batu ladung.” Firman Tuhan, “Sesungguhnya, Aku akan memasang batu ladung di tengah-tengah umat-Ku Israel, dan Aku tidak akan mengampuni mereka lagi.


Firman-Nya, “Apa yang kaulihat, Amos?” Jawabku, “Sebuah bakul berisi buah-buahan musim panas.” Firman TUHAN kepadaku, “Kesudahan telah datang bagi umat-Ku Israel. Aku tidak lagi akan membiarkan kemungkaran mereka begitu sahaja.


Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu, domba-domba harta pusaka-Mu, yang terpencil mendiami rimba di tengah-tengah Karmel. Biarlah mereka merumput di Basan dan di Gilead, seperti pada zaman dahulu.


TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu seperti kesateria pembawa kemenangan. Dengan penuh sukacita Dia akan bergirang kerana engkau, dan tenang berdiam kerana kasih-Nya. Dengan sorak-sorai Dia akan bergembira kerana engkau.”


Tidak dilihat-Nya kejahatan pada Yakub, kezaliman pun tidak nampak pada Israel. TUHAN, Allah mereka, menyertai mereka dan sorak seorang Raja ada dalam kalangan mereka.


Kita patut bersuka ria kerana adikmu ini telah mati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemukan kembali.’ ”


dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem.


Dan apakah jawapan Allah kepadanya? “Aku telah menyimpan untuk diri-Ku tujuh ribu orang yang tidak bertekuk lutut kepada Baal.”


Tidak ada yang seperti Allah, wahai Yesyurun. Sebagai penolongmu, Dia mengenderai langit dan mengenderai awan-awan dalam kemegahan-Nya.


Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.


Lalu mereka menyingkirkan semua tuhan asing dari tengah-tengah mereka lantas mereka beribadat kepada TUHAN. Oleh itu, TUHAN pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh orang Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan