Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu, domba-domba harta pusaka-Mu, yang terpencil mendiami rimba di tengah-tengah Karmel. Biarlah mereka merumput di Basan dan di Gilead, seperti pada zaman dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:14
35 Iomraidhean Croise  

Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.


Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.


Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu; jadilah gembala pembimbing mereka dan teguhkan mereka selama-lamanya.


kerana Dia Allah kita dan kita umat-Nya, kawanan domba di bawah tangan-Nya. Hari ini, jika kamu mahu dengar suara-Nya,


Dari manakah orang akan tahu bahawa Engkau berkenan kepadaku, iaitu aku dan umat-Mu ini? Bukankah kerana kehadiran-Mu menyertai kami maka kami, iaitu aku dan umat-Mu ini, dibezakan daripada semua bangsa yang ada di muka bumi?”


Betapa cantiknya engkau, sayangku! Betapa cantiknya! Di balik tudungmu, matamu bak burung merpati. Rambutmu bak kawanan kambing yang melompat turun dari Gunung Gilead.


Pada waktu itu sangkakala yang besar akan ditiup. Orang yang hampir binasa di Tanah Asyur dan orang yang terbuang di Tanah Mesir akan datang menyembah TUHAN di gunung yang suci di Yerusalem.


ia akan berbunga lebat dan akan bergembira, ya, bergembira dan bersorak-sorai. Kemuliaan Lebanon akan diberikan kepadanya, semarak Karmel dan Saron. Mereka akan melihat kemuliaan TUHAN, semarak Allah kita.


Dengan perantaraan hamba-hambamu engkau telah mencela Tuhan dan engkau berkata, “Dengan rataku yang banyak aku naik ke gunung-gunung yang tinggi, ke hujung-hujung Lebanon. Aku menebang pokok-pokok araznya yang tertinggi, pokok-pokok sanubarnya yang terpilih. Aku telah menaiki puncaknya yang terjauh, dan memasuki hutannya yang lebat.


Dia menggembala kawanan domba-Nya seperti seorang gembala. Dia mengumpulkan anak domba dengan tangan-Nya dan mendukung mereka rapat ke dada-Nya. Dia akan membimbing induk-induk domba yang menyusu dengan lembut.


Mereka tidak akan berasa lapar atau dahaga, mereka tidak akan tersengat oleh panasnya padang pasir atau teriknya matahari, kerana Dia yang menyayangi mereka akan menuntun mereka dan membimbing mereka ke mata-mata air.


Saron akan menjadi padang rumput ternak bagi kawanan domba dan Lembah Akhor menjadi tempat berbaring bagi kawanan lembu, untuk umat-Ku yang mencari hadirat-Ku.


Ayuh maju, seranglah bangsa yang hidup tenang, yang tinggal dengan aman,” demikianlah firman TUHAN, “yang tidak berpintu gerbang atau berpalang pintu, dan berdiam sendirian!


Pada masa kesusahannya dan pengembaraannya, teringatlah Yerusalem akan segala barang berharga yang dimilikinya sejak zaman dahulu. Ketika penduduknya jatuh ke tangan musuh, tiada seorang pun yang membantunya. Para lawannya memandangnya dan mentertawakan kehancurannya.


Pulihkanlah kami kepada-Mu, ya TUHAN, maka kami akan dipulihkan! Baharuilah hari-hari kami seperti zaman dahulu,


Jumlah manusia dan binatang di atasmu akan Kulipatgandakan. Mereka akan bertambah banyak dan berkembang biak. Aku akan membuat kamu dihuni kembali seperti asalnya dan Aku akan berbuat baik kepadamu lebih daripada sebelumnya. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.


Sepersepuluh daripada kawanan lembu atau kawanan domba, iaitu haiwan kesepuluh yang berlalu di bawah tongkat gembala sewaktu dihitung, harus menjadi persembahan suci bagi TUHAN.


“Pada waktu itu Aku akan membina semula khemah Daud yang telah roboh. Akan Kututup lubang-lubang dindingnya dan akan Kudirikan semula keruntuhannya. Aku akan membangunkannya semula seperti pada zaman dahulu,


Maka warga dari Tanah Negeb akan memiliki pergunungan Esau dan kawasan tanah rendah orang Filistin dan juga memiliki daerah Efraim dan daerah Samaria, manakala suku Benyamin akan memiliki daerah Gilead.


Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.


Saki-baki orang Israel tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan berkata dusta. Lidah tipu daya tidak akan didapati di dalam mulut mereka. Sungguh, mereka akan makan lalu berbaring tanpa ada yang mampu menakut-nakutkan mereka.”


Aku akan membawa mereka kembali dari Tanah Mesir dan mengumpulkan mereka dari Asyur. Aku akan membawa mereka masuk ke Tanah Gilead dan Lebanon, sampai tidak ada lagi tempat bagi mereka.


Maka aku menggembala kawanan domba sembelihan itu, iaitu domba yang tertindas itu. Kuambil dua batang tongkat, yang satu, kunamai “Kenikmatan”, dan yang lain kunamai “Ikatan”, kemudian aku menggembala kawanan domba itu.


Kemudian barulah persembahan Yehuda dan Yerusalem akan menyenangkan TUHAN seperti pada zaman dahulu, seperti pada tahun-tahun yang silam.


Dari puncak gunung batu aku melihat mereka, dari atas bukit aku memandang mereka. Lihat, suatu bangsa yang diam tersendiri dan tidak mahu diperhitungkan antara kalangan bangsa.


Bani Ruben dan bani Gad mempunyai jumlah haiwan ternakan yang sangat besar dan apabila mereka melihat Tanah Yaezer dan Tanah Gilead, mereka menilai bahawa tempat itu baik untuk ternakan.


iaitu tanah yang ditaklukkan TUHAN di hadapan umat Israel, ialah tanah yang baik untuk ternakan. Hamba-hambamu ini mempunyai banyak sekali ternakan.”


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Sebagaimana Aku bukan dari dunia ini, begitu jugalah mereka.


Maka Israel tinggal dengan aman. Mata air Yakub tinggal bersendirian di negeri tempat gandum dan air anggur. Bahkan langitnya pun menitikkan embun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan