Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Pada hari itu orang akan datang kepadamu dari Asyur dan dari kota-kota Mesir — dari Mesir sampai Sungai Efrat — dari laut ke laut dan dari gunung ke gunung.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:12
15 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.


Maka akan ada jalan raya dari Asyur bagi saki-baki umat-Nya, sama seperti yang ada bagi Israel dahulu pada waktu mereka keluar dari Tanah Mesir.


Aku akan berfirman kepada utara, ‘Berikanlah!’ dan kepada selatan, ‘Jangan tahan!’ Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi,


Lihat, orang akan datang dari jauh — beberapa antaranya dari sebelah utara dan dari sebelah barat, dan beberapa dari Tanah Sinim.”


“Aku sendiri akan mengumpulkan sisa-sisa domba-Ku dari segala negeri tempat mereka Kuhalau, dan Aku akan mengembalikan mereka ke padang ragut mereka. Mereka akan beranak cucu dan bertambah banyak.


Pada masa itu keturunan kaum Yehuda akan berjalan bersama keturunan kaum Israel, dan mereka akan datang bersama-sama dari negeri utara ke negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyangmu sebagai harta pusaka.


Sesungguhnya, Aku akan membawa mereka dari tanah utara dan akan mengumpulkan mereka dari hujung-hujung bumi. Antara mereka ada orang buta dan orang tempang, ada perempuan yang mengandung dan juga yang baru bersalin. Suatu kumpulan yang besar akan kembali ke mari!


“Jangan takut, wahai hamba-Ku Yakub, jangan kecut hati, wahai Israel. Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh, dan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan. Yakub akan kembali dan hidup tenang, aman tanpa ada yang mengusik.


Pada waktu itu Aku akan menumbuhkan kejayaan bagi keturunan kaum Israel dan Aku akan mengizinkan engkau membuka mulut lagi di antara mereka. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”


dan katakan kepada mereka: ‘Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Ketahuilah, Aku akan mengambil orang Israel daripada kalangan bangsa yang didatangi mereka. Aku akan mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan membawa mereka ke tanah mereka.


Dengan gementar mereka akan datang seperti burung dari Mesir, seperti burung merpati dari Tanah Asyur. Aku akan menempatkan mereka lagi di rumah-rumah mereka,” demikianlah firman TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan