Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Akan datang hari untuk membangunkan tembokmu! Pada hari itu perbatasanmu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:11
12 Iomraidhean Croise  

Aku berkata kepada mereka, “Kamu lihat kesusahan yang kita alami, bagaimana Yerusalem rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api. Mari kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi bahan cacian.”


juga sepucuk surat untuk Asaf, pengawas hutan raja, supaya dia memberi hamba kayu untuk membuat segala galang bagi pintu-pintu gerbang puri Bait Suci, bagi tembok kota, dan bagi rumah yang akan hamba diami.” Raja mengabulkan permintaanku kerana tangan Allahku yang baik menaungi aku.


Tobia, bani Amon yang ada berdekatan dengannya, berkata, “Meskipun mereka membinanya semula, tembok batu mereka itu akan roboh walaupun hanya seekor rubah yang memanjatnya.”


Kami terus membina semula tembok sehingga seluruh tembok itu siap setakat separuh ketinggiannya, berkat usaha umat yang sememangnya bekerja dengan penuh tekad.


“Wahai engkau yang tertindas, diserbu badai, dan tidak dihiburkan! Sesungguhnya, Aku akan menghamparkan alasmu daripada batu serawak dan meletakkan dasarmu daripada batu nilam.


“Luaskanlah tempat khemahmu dan biarlah dibentangkan kain-kain khemah penghunianmu, jangan ditahan-tahan. Panjangkanlah tali-talimu dan kukuhkanlah pancang-pancangmu,


Orangmu akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak. Engkau akan menegakkan semula asas yang sudah turun-temurun, dan engkau akan disebut pembaik yang menutup lubang-lubang tembok, pemulih yang memperbaik lorong-lorong tempat kediaman.”


Mereka akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak dan menegakkan kembali tempat-tempat yang dahulunya sunyi. Mereka akan memperelok semula kota-kota yang rosak, yang telah menjadi sunyi turun-temurun.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan