Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Musuhku akan melihatnya dan akan diselubungi malu, dia yang berkata kepadaku, “Di manakah TUHAN, Allahmu?” Mataku akan memandang dia. Pada waktu itu dia akan diinjak-injak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:10
42 Iomraidhean Croise  

Kuhancurkan mereka seperti debu tanah, kutumbuk dan kuinjak-injak mereka seperti lumpur di jalan.


Biarlah pendakwa-pendakwaku disaluti malu, biarlah mereka melitupi tubuh dengan keaiban seperti jubah.


Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, “Di mana Allah mereka?”


Lalu aku menghancurkan mereka seperti debu ditiup angin; aku menghumbankan mereka seperti sampah-sarap di jalan.


Malukan dan kelirukanlah mereka yang bergembira kerana penderitaanku; aibkan dan cemarkan nama mereka yang mengangkat diri menentangku.


Seperti mematahkan tulang-tulangku, musuhku mengejekku, dengan berkata kepadaku sepanjang hari, “Di manakah Allahmu?”


Air mataku menjadi makananku siang malam, manakala mereka terus-menerus berkata kepadaku, “Di manakah Allahmu?”


Orang yang benar akan bergembira melihat pembalasan itu, lalu membasuh kaki dalam darah orang zalim.


Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, “Di mana Allah TUHAN mereka?” Biarlah bangsa-bangsa sekeliling kami mengetahui pembelaan darah hamba-hamba-Mu yang telah ditumpahkan.


Orang yang benar akan subur seperti pokok palma, dia akan tumbuh seperti pokok araz di Lebanon;


Ya TUHAN, tangan-Mu terangkat untuk menghukum, tetapi mereka tidak melihatnya. Biarlah mereka melihat semangat-Mu yang meluap-luap bagi umat-Mu sehingga mereka malu. Ya, biarlah api bagi lawan-lawan-Mu melahap mereka.


“Aku telah membangkitkan seorang dari sebelah utara, dan dia telah datang. Dari arah terbitnya matahari dia akan menyeru nama-Ku. Dia akan memijak-mijak para penguasa seperti lumpur, seperti tukang tembikar menginjak-injak tanah liat.”


Sesungguhnya, Aku akan menjadikan engkau kecil di antara bangsa dan dihina antara kalangan manusia.


Aku akan membalas kepada Babel dan kepada seluruh penduduk Kasdim segala kejahatan yang telah dilakukan mereka di Sion, di hadapan matamu sendiri,” demikianlah firman TUHAN.


‘Kami malu, kerana kami telah mendengar celaan. Aib menyelubungi muka kami, kerana orang asing telah masuk ke dalam tempat-tempat suci di Bait TUHAN.’


Mereka akan memakai kain perkabungan di pinggang dan berselubungkan kengerian. Semua muka akan diliputi malu, semua kepala mereka akan digondolkan.


Sekarang, jika kamu sudah sedia, sebaik sahaja kamu mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik, sujudlah menyembah patung yang kubuat itu. Tetapi jika kamu tidak mahu menyembahnya, saat itu juga kamu akan dicampakkan ke dalam dapur api yang menyala-nyala! Maka tuhan manakah yang dapat melepaskan kamu daripada tanganku?”


Biarlah para imam, iaitu para petugas TUHAN, menangis di antara serambi dengan mazbah, serta berkata, “Ya TUHAN, sayangilah umat-Mu. Janganlah menjadikan harta pusaka-Mu suatu celaan, suatu ibarat di antara bangsa. Mengapakah orang harus berkata antara suku-suku bangsa, ‘Di manakah Allah mereka?’ ”


Oleh sebab kekerasan terhadap saudaramu Yakub, maka kamu diliputi oleh cela, dan kamu akan dilenyapkan buat selama-lamanya.


Maka usah kamu memandang rendah terhadap saudaramu ketika dia mengalami nasib malang, dan janganlah kamu bergembira atas kebinasaan bani Yehuda; dan janganlah kamu berbangga dan bercakap besar pada hari kesusahan mereka.


Sekarang banyak bangsa yang berkumpul demi melawan engkau. Mereka berkata, “Biarlah dia dinajiskan. Biarlah mata kita puas memandangi Sion.”


Janganlah bergembira atas aku, wahai musuhku. Sekalipun aku jatuh, aku akan bangun pula. Sekalipun aku duduk dalam kegelapan, TUHAN akan menjadi cahaya bagiku.


TUHAN telah menyingkirkan hukumanmu, dan Dia telah melenyapkan musuhmu. Raja Israel, iaitu TUHAN, hadir di tengah-tengahmu, engkau tidak akan takut lagi kepada malapetaka.


Mereka akan seperti para kesateria yang menginjak-injak musuh di jalan berlumpur dalam peperangan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka, dan akan mengaibkan para penunggang kuda.


Matamu akan melihatnya sendiri dan kamu akan berkata, ‘Maha Besar TUHAN sampai di luar negeri Israel!’


Kamu akan menginjak-injak orang fasiq. Pada hari Aku bertindak itu, mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Dia percayakan Allah. Biar Allah menyelamatkan-Nya sekarang, kalau Allah mahu mengakui-Nya; kerana Dia berkata, ‘Aku Anak Allah.’ ”


Bani Kanaan dan seluruh penduduk negeri ini tentu akan mendengar hal itu, dan mereka akan mengepung kami serta melenyapkan nama kami daripada muka bumi. Lalu apakah yang akan Kaulakukan demi nama-Mu yang besar itu?”


Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan