Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Suara TUHAN berseru-seru kepada kota itu — adalah bijaksana untuk berkhidmat kepada nama-Mu — “Dengarlah bunyi tongkat dan Dia yang menentukannya!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Bijaklah orang yang takut akan TUHAN. TUHAN berseru kepada penduduk kota, “Dengarlah, hai kamu yang berkumpul di kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Bijaklah orang yang takut akan TUHAN. TUHAN berseru kepada penduduk kota, “Dengarlah, hai kamu yang berkumpul di kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:9
43 Iomraidhean Croise  

Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.”


Aku hendak berkata kepada Allah, ‘Jangan mengecam aku. Beritahulah aku mengapa Engkau berperkara dengan aku.


Dia menyelesaikan apa yang ditentukan bagiku, dan banyak hal semacam itu ada pada-Nya.


Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur Allah. Maka janganlah kaupandang rendah didikan Yang Maha Kuasa.


Sesiapa yang bijaksana akan memerhatikan semua ini dan akan mengerti kasih TUHAN.


Menurut nama-Mu, ya Allah, demikianlah Engkau dipuji di serata bumi; tangan kanan-Mu penuh keadilan.


Supaya mereka tahu hanya Engkau, yang bernama TUHAN — Engkaulah Yang Maha Tinggi menguasai seluruh bumi.


TUHAN dikenali kerana keadilan-Nya; orang zalim terjerat dalam perangkap buatan sendiri. Higayon. Sela


Orang yang bijaksana melihat bahaya lalu bersembunyi, tetapi orang betul bendul berjalan terus lalu menderita akibatnya.


Ya TUHAN, tangan-Mu terangkat untuk menghukum, tetapi mereka tidak melihatnya. Biarlah mereka melihat semangat-Mu yang meluap-luap bagi umat-Mu sehingga mereka malu. Ya, biarlah api bagi lawan-lawan-Mu melahap mereka.


Kota yang berkubu itu sudah terpencil, suatu tempat kediaman yang ditinggalkan dan terbiar seperti gurun. Di sana anak lembu meragut, di sana lembu-lembu itu berbaring dan menghabiskan dahan-dahan pokok.


Sesungguhnya, kemasyhuran TUHAN tersiar dari jauh. Murka-Nya menyala-nyala dan asap bergumpal-gumpal. Titah-Nya penuh dengan amarah dan sabda-Nya seperti api yang menghanguskan.


Ada bunyi kegemparan dari kota, suara dari Bait Suci! Itulah suara TUHAN mengadakan pembalasan kepada musuh-musuh-Nya.


Tetapi bangsa itu tidak kembali kepada Dia yang masih menghulurkan tangan-Nya, dan tidak mencari hadirat TUHAN alam semesta.


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


maka Aku akan menjadikan Bait ini seperti Silo dan kota ini menjadi kutukan bagi segala bangsa di bumi.’ ”


Bagaimanakah dia dapat berhenti, sedangkan TUHAN telah memberinya perintah? Ke Askelon dan ke tepi laut, ke sanalah Dia menetapkannya.”


Aku tidak akan berasa hiba dan tidak akan berbelas kasihan. Aku akan membalas engkau setimpal dengan perilakumu serta kekejian-kekejian yang ada di tengah-tengahmu. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN yang mengazab.


Samaria akan menanggung kesalahannya, kerana dia telah menderhaka terhadap Allahnya. Mereka akan tewas oleh pedang, bayi-bayi mereka akan dihempaskan, dan perut kaum perempuan mereka yang mengandung akan dirobekkan.”


Siapakah yang bijak? Dia akan mengerti hal-hal ini. Siapakah yang berpengertian? Dia akan mengetahuinya. Jalan TUHAN itu lurus dan orang benar akan menempuhnya, tetapi orang derhaka akan jatuh di situ.


maka Aku akan melepaskan api ke Yehuda, yang akan merentungkan segala puri Yerusalem.”


Malangnya orang yang hidup bersenang-senang di Sion dan mereka yang berasa selamat di Gunung Samaria, iaitu orang terkemuka daripada bangsa yang terutama itu. Kepimpinan mereka ini amat diharapkan oleh keturunan kaum Israel.


Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.


Dapatkah Aku lupakan harta kefasiqan di rumah orang fasiq dan takaran yang kurang dan terkutuk itu?


Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?


Dia tidak mahu mendengar teguran sesiapa pun, dan tidak mahu menerima didikan. Dia tidak percaya kepada TUHAN, dan tidak datang untuk mendekati Allahnya.


Aku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi. Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh dan bertaubatlah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan