Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Adakah TUHAN berkenan kepada ribuan domba jantan atau kepada puluhan ribu aliran minyak? Haruskah aku persembahkan anak sulungku kerana pelanggaranku, anak kandungku kerana dosaku sendiri?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Adakah TUHAN berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor domba, atau minyak zaitun yang berlimpah-limpah kepada-Nya? Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana dosaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Adakah TUHAN berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor domba, atau minyak zaitun yang berlimpah-limpah kepada-Nya? Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana dosaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:7
29 Iomraidhean Croise  

melainkan hidup mengikuti jejak raja-raja Israel. Bahkan dia juga mempersembahkan anaknya sebagai korban yang dibakar, sama dengan kekejian bangsa-bangsa yang telah dihalau TUHAN dari hadapan orang Israel.


Dia mempersembahkan anaknya pula sebagai korban yang dibakar, dan mengamalkan kegiatan ramal, nujum, serta menghubungi pemanggil arwah dan ahli sihir. Banyak kejahatan dilakukannya di mata TUHAN, sehingga dia membangkitkan murka-Nya.


Dia juga menajiskan Tofet, yang terletak di Lembah Ben-Hinom, supaya jangan orang mempersembahkan baik anak lelaki atau anak perempuan sebagai korban yang dibakar bagi Molokh.


Lalu raja Moab mengambil anak sulungnya, yang akan menaiki takhta menggantikannya, dan mempersembahkannya di atas pagar tembok sebagai korban bakaran. Maka kemarahan yang sebegitu besar melanda orang Israel, sehingga mereka mundur meninggalkan dia dan pulang ke negeri mereka.


ketika langkah-langkahku bermandikan dadih, dan batu pejal mencucurkan aliran minyak bagiku.


Aku tidak memerlukan lembu jantan dari kandang di rumahmu atau kambing dari kawananmu,


Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan; Engkau tidak berkenan akan korban bakaran.


Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Sion, ya Allah; binalah tembok-tembok Yerusalem.


Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang yang tulus memang keredaan-Nya.


Melakukan yang benar dan adil lebih disukai TUHAN daripada korban sembelihan.


Penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem yang disaksikan Yesaya anak Amos pada zaman pemerintahan Uzia, Yotam, Ahas, dan Hizkia, raja-raja Yehuda.


Lebanon tidak cukup untuk dijadikan kayu api dan binatang-binatangnya tidak cukup untuk dijadikan korban bakaran.


Mereka membina bukit-bukit pemujaan bagi Baal untuk membakar habis anak-anak mereka sebagai korban bakaran bagi Baal — suatu hal yang tidak pernah Kuperintahkan atau Kufirmankan, dan yang tidak pernah timbul dalam hati-Ku.


Untuk apa mereka membawa kemenyan dari Syeba bagi-Ku dan tebu wangi yang baik dari negeri yang jauh? Korban bakaranmu tidak Kuperkenan, korban sembelihanmu tidak menyenangkan bagi-Ku.”


Mereka juga membangunkan bukit pemujaan Tofet di Lembah Ben-Hinom untuk membakar habis anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan — suatu hal yang tidak pernah Kuperintahkan dan yang tidak pernah terpersil dalam hati-Ku.


kerana mereka telah berzina dan tangan mereka berlumuran darah. Mereka berbuat kafir dengan berhala-berhala. Bahkan anak-anak lelaki yang dilahirkan mereka sebagai milik-Ku telah dipersembahkan mereka sebagai korban yang dibakar bagi berhala mereka untuk menjadi santapan.


Mereka akan pergi mencari hadirat TUHAN dengan membawa seluruh kawanan haiwan ternakan mereka. Namun demikian, mereka tidak akan menjumpai Dia; Dia telah menarik diri daripada mereka.


Sesungguhnya, Aku menghendaki kasih setia, bukan korban sembelihan, dan pengetahuan tentang Allah dan bukan korban bakaran.”


Jangan serahkan seorang daripada keturunanmu untuk dipersembahkan kepada Molokh, dan jangan cemarkan nama Allahmu. Akulah TUHAN.


TUHAN berfirman kepada Musa,


Bahkan sekalipun kamu mempersembahkan kepada-Ku segala korban bakaran dan persembahan bahan makananmu, Aku tidak akan berkenan menerimanya. Aku tidak mahu memandang korban-korban kedamaian daripada ternakan kamu yang tambun.


Aku menghantar kembali kepadamu Onesimus yang amat kukasihi.


maka apa sahaja yang keluar dari pintu rumahku untuk menemui aku ketika aku pulang dengan selamat daripada bani Amon, akan menjadi milik TUHAN. Lalu, aku akan mempersembahkannya sebagai korban bakaran.”


Setelah dua bulan berlalu, kembalilah dia kepada ayahnya, maka ayahnya melakukan kepadanya apa yang telah dinazarkannya itu atas gadis yang tidak pernah kenal akan lelaki itu. Maka hal itu menjadi adat di Israel,


Kata Samuel, “Adakah korban bakaran dan korban sembelihan yang lebih disukai TUHAN daripada mendengar suara TUHAN? Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan dan memperhatikan itu lebih baik daripada lemak domba jantan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan