Mikha 6:6 - Alkitab Versi Borneo6 “Dengan apakah aku harus menghadap TUHAN dan tunduk menyembah kepada Allah di tempat yang tinggi? Apakah aku harus menghadap Dia dengan korban bakaran, dengan anak lembu berumur satu tahun? Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)6 Apakah yang harus aku persembahkan kepada TUHAN, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Haruskah aku membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya? Faic an caibideilAlkitab Berita Baik6 Apakah yang harus aku persembahkan kepada TUHAN, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Haruskah aku membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya? Faic an caibideil |
Tetaplah rayakan Perayaan Roti Tidak Beragi. Tujuh hari lamanya kamu harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang Kuperintahkan kepadamu. Hendaklah kamu lakukan hal itu pada waktu yang ditetapkan, iaitu dalam bulan Abib, kerana dalam bulan itulah kamu keluar dari Mesir. Jangan seorang pun menghadap hadirat-Ku dengan tangan kosong.
Tetapi apabila rakyat negeri datang menghadap hadirat TUHAN pada hari-hari perayaan, maka sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk beribadat harus keluar melalui pintu gerbang selatan, dan sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang selatan harus keluar melalui pintu gerbang utara. Dia tidak boleh kembali melalui pintu gerbang tempat dia masuk, melainkan harus keluar berlalu pintu di seberangnya.
Dia dihalau daripada kalangan anak manusia. Hatinya menjadi sama dengan hati binatang dan dia tinggal bersama-sama keldai liar. Dia diberi makan rumput seperti lembu dan tubuhnya basah oleh embun dari langit sampai dia mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengangkat sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk memerintah kerajaan itu.