Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Engkau berpegang teguh pada ketetapan-ketetapan Omri dan segala perbuatan keluarga Ahab, engkau menuruti rancangan-rancangan mereka, sehingga Aku menjadikan engkau suatu kengerian dan pendudukmu suatu cemuhan. Kamu akan menanggung celaan daripada umat-Ku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:16
31 Iomraidhean Croise  

Pada waktu Izebel melenyapkan nabi-nabi TUHAN, Obaja membawa seratus orang nabi lalu menyembunyikan mereka dalam dua kelompok di dalam gua, lima puluh orang sekelompok, dan menyediakan roti serta air untuk mereka.


Bait yang ditinggikan ini akan membuat setiap orang yang melaluinya tercengang, mencemuh, dan berkata, ‘Mengapakah TUHAN berbuat demikian terhadap negeri ini dan bait ini?’


melainkan hidup mengikuti jejak raja-raja Israel. Bahkan dia juga mempersembahkan anaknya sebagai korban yang dibakar, sama dengan kekejian bangsa-bangsa yang telah dihalau TUHAN dari hadapan orang Israel.


Dia membina kembali bukit-bukit pemujaan yang sudah dimusnahkan oleh Hizkia, ayahnya, lalu didirikannya pelbagai mazbah iaitu tempat pembakaran korban bagi Baal serta dibuatnya patung Asyera seperti yang dilakukan Ahab, raja Israel. Dia sujud menyembah segala benda langit dan beribadat kepadanya.


Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN seperti keluarga Ahab, kerana sesudah kematian ayahnya, mereka menjadi penasihat yang mendatangkan kebinasaan kepadanya.


kerana mereka telah meninggalkan Aku dan telah membakar dupa kepada tuhan-tuhan lain untuk membangkitkan murka-Ku dengan segala perbuatan tangan mereka. Itulah sebabnya murka-Ku akan dicurahkan ke atas tempat ini dan tidak akan padam.” ’


Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek.


Engkau menjadikan kami bahan ejekan jiran kami, penghinaan dan cemuhan semua orang sekeliling kami.


Engkau membuat kami buah mulut bangsa-bangsa; mereka menggeleng kepala mengumpat kami.


Dia akan menelan maut untuk selama-lamanya. Tuhan ALLAH akan menghapuskan air mata daripada setiap muka, dan menyingkirkan cela umat-Nya dari seluruh bumi, kerana TUHAN telah berfirman.


Para pemimpin menyesatkan bangsa ini, dan orang yang dipimpin mereka menjadi kacau.


Aku akan membuat kota ini menjadi kengerian dan cemuhan. Setiap orang yang melintasinya akan tercengang dan melontarkan cemuhan kerana segala hukumannya.


Yerusalem dan kota-kota Yehuda berserta raja-rajanya dan para pembesarnya, sehingga semuanya menjadi reruntuhan, kengerian, cemuhan, dan kutukan, sebagaimana nyata pada hari ini;


sesungguhnya Aku akan mengirim utusan untuk menjemput semua suku bangsa dari utara,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan memanggil Nebukadnezar, raja Babel, hamba-Ku itu. Akan Kubawa mereka untuk menyerang negeri ini, menyerang penduduknya dan semua bangsa di sekitarnya. Akan Kutumpaskan mereka dan Kubuat mereka menjadi kengerian, cemuhan, dan reruntuhan untuk selama-lamanya.


Aku akan mengejar mereka dengan pedang, bencana kebuluran, dan wabak penyakit. Akan Kubuat mereka menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi, menjadi kutukan, kengerian, cemuhan, dan celaan dalam kalangan bangsa tempat Aku menghalau mereka,


‘Kami malu, kerana kami telah mendengar celaan. Aib menyelubungi muka kami, kerana orang asing telah masuk ke dalam tempat-tempat suci di Bait TUHAN.’


Tetapi mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu memberikan perhatian. Mereka malah mengikuti rancangan sendiri dan kedegilan hati mereka yang jahat. Mereka mundur, bukan maju.


Ingatlah, ya TUHAN, apa yang terjadi atas kami, pandanglah dan lihatlah keaiban kami.


Mereka akan melupakan aib mereka serta segala kemungkaran yang diperbuat mereka terhadap Aku ketika mereka tinggal dengan aman di tanah mereka tanpa ada yang mengusik.


Ya Tuhan, selaras dengan segala kebenaran-Mu, surutkanlah kiranya amarah dan murka-Mu dari kota-Mu Yerusalem, yakni gunung-Mu yang suci. Sungguh, kerana dosa-dosa kami dan kesalahan-kesalahan nenek moyang kami, Yerusalem dan umat-Mu menjadi bahan celaan bagi semua orang di sekeliling kami.


Efraim telah membangkitkan murka-Nya secara getir, sebab itu Tuhannya akan menanggungkan darahnya atas dirinya sendiri dan memberikan balasan terhadap perbuatan celanya.


Efraim tertindas, hancur dihukum, kerana kuat azamnya untuk mengikuti perintah manusia.


“Jangan berkhutbah,” demikianlah khutbah mereka. “Orang tidak patut berkhutbah fasal hal-hal itu. Semoga aib tidak akan menimpa kita.”


Oleh sebab itu Aku pun mulai mengazabkan engkau dengan hebat, menanduskan engkau kerana dosa-dosamu.


Namun demikian, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu membenarkan perempuan bernama Izebel yang mengaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Dia mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan pencabulan dan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan