Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Orang kayanya penuh dengan kekerasan. Penduduknya berkata bohong dan lidah penipu ada di dalam mulut mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:12
29 Iomraidhean Croise  

Selamatkanlah jiwaku, ya TUHAN, daripada bibir berdusta dan lidah yang menipu.


Mereka tidak bertutur untuk kesejahteraan, tetapi merancang kepalsuan dan penipuan terhadap orang yang hidup damai.


Tetapi mulut mereka memberi-Nya puji palsu, dan lidah mereka berdusta kepada-Nya;


Para penguasamu ialah pemberontak dan sahabat para pencuri. Semuanya mencintai rasuah dan mengejar-ngejar ganjaran. Mereka tidak membela hak anak-anak yatim, dan perkara balu tidak sampai kepada mereka.


Sungguh, Yerusalem telah tersandung dan Yehuda telah jatuh, kerana percakapan serta perbuatan mereka menentang TUHAN, menderhaka terhadap hadirat-Nya yang mulia.


Sesungguhnya, kebun anggur TUHAN alam semesta, ialah keturunan kaum Israel, dan orang Yehuda ialah tanaman kesukaan-Nya. Dinantikan-Nya keadilan, tetapi hanya ada penumpahan darah. Dinantikan-Nya perbenaran, tetapi hanya ada jerit penderitaan.


Lidah mereka ialah anak panah yang membunuh, tipu daya diucapkan mereka. Dengan mulut orang berbicara damai kepada sesama diri, tetapi dalam hatinya dia bersedia menyerang hendap.


Apabila Aku hendak menyembuhkan Israel, tersingkaplah ketidakadilan Efraim dan kejahatan Samaria. Mereka melakukan penipuan; pencuri masuk ke dalam, gerombolan penjahat menjarah di luar.


Malanglah mereka, kerana mereka melarikan diri daripada Aku! Binasalah mereka, kerana mereka memberontak terhadap Aku! Aku hendak menebus mereka, tetapi mereka berkata dusta kepada-Ku.


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, malahan empat pelanggaran Yehuda, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah menolak hukum TUHAN dan tidak memegang teguh segala ketetapan-Nya. Mereka disesatkan oleh dusta mereka yang dahulu diikuti oleh nenek moyang mereka —


yang berbaring di atas katil bertatahkan gading dan menggeliat di atas ranjang mereka, yang memakan anak-anak domba daripada kawanan domba dan anak-anak lembu tambun dari dalam kandang;


Pada hari itu Aku akan menghukum semua orang yang melompati ambang pintu dan yang memenuhi rumah tuan mereka dengan keganasan serta tipu daya.”


Di tengah-tengahnya para pembesarnya seperti singa yang mengaum-aum, para hakimnya seperti serigala malam yang tidak meninggalkan sebarang sisa untuk keesokan harinya.


Orang Yahudi turut serta menuduh Paulus, dan mengatakan bahawa segala yang dikatakan itu benar.


Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan racun ular kapak berbisa di bawah bibir mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan