Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Dengarlah apa yang difirmankan TUHAN: “Bangunlah, ajukanlah pembelaanmu di depan gunung. Biarlah bukit mendengar suaramu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:1
22 Iomraidhean Croise  

Allah, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah berfirman dan berseru kepada bumi daripada terbitnya hingga terbenamnya matahari.


Dia akan berseru kepada langit dari takhta-Nya, dan kepada bumi, supaya menyaksikan Dia menghakimi umat-Nya:


Dengarlah, wahai langit, dan perhatikanlah, wahai bumi, kerana TUHAN berfirman, “Aku telah membesarkan anak-anak dan mengasuh mereka, tetapi mereka menderhaka terhadap Aku.


TUHAN mengambil tempat untuk menuntut, dan berdiri untuk menghakimi suku-suku bangsa.


Dengarlah dan pasanglah telingamu! Jangan sombong, kerana TUHAN telah berfirman.


Wahai negeri, negeri, negeri, dengarlah firman TUHAN!


“Engkau, wahai anak manusia, bernubuatlah mengenai gunung-gunung Israel dan katakan: Wahai gunung-gunung Israel, dengarlah firman TUHAN.


Tetapi kamu, wahai gunung-gunung Israel, kamu akan mengeluarkan cabang dan menghasilkan buah bagi umat-Ku Israel, kerana mereka akan segera datang.


Firman-Nya kepadaku, “Bernubuatlah kepada tulang-tulang ini dan katakan, ‘Wahai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman TUHAN!’


Katakan, ‘Wahai gunung-gunung Israel, dengarlah firman Tuhan ALLAH!’ Beginilah firman Tuhan ALLAH kepada gunung-gunung dan bukit-bukit, kepada alur-alur sungai dan lembah-lembah, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan pedang atasmu dan Aku akan membinasakan bukit-bukit pemujaanmu.


Dengarlah firman ini yang disampaikan TUHAN menentang kamu, hai orang Israel, menentang seluruh kaum yang telah Kutuntun keluar dari Tanah Mesir, bunyinya,


Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian! Perhatikanlah, wahai bumi dan segala isinya! Biarlah Tuhan Allah menjadi saksi terhadap kamu, TUHAN dari Bait-Nya yang suci.


Luluhlah gunung-ganang di bawah-Nya dan terbelahlah segala lembah seperti lilin di depan api, seperti air tercurah di tempat curam.


Aku akan melakukan pembalasan dalam murka dan amarah kepada bangsa-bangsa yang tidak mahu taat.”


Wahai gunung, dengarlah TUHAN menyatakan penunjuk keburukanmu, juga kamu, wahai alas-alas bumi yang kukuh, kerana TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Ia hendak berperkara dengan Israel.


Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu bahawa jika mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.”


“Berikanlah perhatian, wahai langit, aku hendak berkata-kata. Dengarlah, wahai bumi, ucapan mulutku.


maka pada hari ini aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi ke atas kamu bahawa pasti kamu segera binasa daripada negeri yang akan kamu miliki setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan. Umurmu tidak akan lanjut di sana, dan kamu pasti punah.


Oleh sebab itu, berdirilah supaya aku bersama-sama kamu bersaksi di hadapan TUHAN mengenai segala perbuatan penyelamatan TUHAN yang telah dikerjakan-Nya bagimu dan nenek moyangmu.


Kata Samuel kepada Saul, “Sudahlah! Aku akan memberitahukan kepadamu apa yang telah difirmankan TUHAN kepadaku malam tadi.” Kata Saul kepadanya, “Katakanlah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan