Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa, di tengah-tengah banyak suku bangsa, seperti singa antara mergastua hutan, seperti seekor singa muda antara kawanan domba. Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:8
29 Iomraidhean Croise  

Yehuda, kamu laksana seekor anak singa. Kamu naik meninggalkan mangsa, hai anakku. Dia merunduk, mendekam seperti singa jantan atau singa betina; siapakah yang berani merangsangkannya?


Engkau mencipta kegelapan, maka menjadi malam, masa untuk binatang-binatang hutan merayau.


Melalui Engkau kami akan menumbangkan musuh kami; dengan nama-Mu kami akan menakluki orang yang menyerang kami.


Fikirkan semua ini, hai kamu yang melupakan Allah, jangan sampai Aku membinasakanmu, dan tiada siapa dapat menyelamatkanmu:


singa, yang terkuat antara segala haiwan dan tidak mundur terhadap apa-apa pun;


Ngauman mereka seperti singa betina. Mereka mengaum seperti singa-singa muda, mereka menggeram dan menerkam mangsanya, lalu membawanya lari tanpa ada yang dapat menyelamatkannya.


Tidak perlu mereka mengambil kayu bakar dari padang atau menebangnya di hutan, kerana mereka akan mendapat api dengan membakar persenjataan itu. Mereka akan menjarah orang yang dahulu menjarah mereka dan merampas orang yang dahulu merampas mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Aku ini seperti singa bagi Efraim dan seperti singa muda bagi keturunan kaum Yehuda. Aku, Aku sendiri akan mencabik-cabik mereka lalu pergi. Aku akan melarikan mangsa tanpa ada yang dapat melepaskannya.”


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


“Segeralah mengirik, wahai puteri Sion, kerana tandukmu akan Kujadikan besi dan kukumu akan Kujadikan tembaga. Engkau akan menumbuk hancur banyak suku bangsa. Engkau akan mengkhususkan jarahan mereka kepada TUHAN dan kekayaan mereka kepada Tuhan semesta bumi.”


Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Mereka akan seperti para kesateria yang menginjak-injak musuh di jalan berlumpur dalam peperangan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka, dan akan mengaibkan para penunggang kuda.


Aku tidak akan lagi berasa sayang kepada penduduk negeri ini,” demikianlah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan setiap daripada mereka ke tangan jirannya dan ke tangan rajanya. Mereka akan menghancurkan negeri ini dan Aku tidak akan melepaskan seorang pun daripada tangan mereka.”


Pada waktu itu Aku akan menjadikan Yerusalem batu bebanan bagi semua suku bangsa. Sesiapa sahaja yang memikulnya akan terluka parah, dan semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerangnya.


Jika kaum orang Mesir tidak mahu datang dan tidak mahu masuk menghadap, maka bagi mereka pun tidak akan turun hujan. Suatu wabak akan ditimpakan TUHAN atas bangsa-bangsa yang tidak mahu datang untuk merayakan Perayaan Pondok Daun.


TUHAN alam semesta, akan melindungi mereka. Mereka akan memusnahkan dan menginjak-injak batu-batu tarbil. Mereka akan minum dan meraung seolah-olah mabuk dengan air anggur, dan diisi penuh seperti mangkuk, dibasahi seperti penjuru-penjuru mazbah.


Kamu akan menginjak-injak orang fasiq. Pada hari Aku bertindak itu, mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Dia merunduk, mendekam seperti singa jantan atau singa betina. Siapakah yang berani membangunkannya? Diberkatilah orang yang mengucapkan berkat atasmu, dan terkutuklah orang yang mengutuk kamu!”


Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu.


Akan tetapi, mereka menentang dan mencelanya; maka Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya lalu berkata, “Darahmu tertumpah ke atas kepalamu sendiri, aku tidak bertanggungjawab; aku bersih. Dari sekarang aku hendak pergi kepada orang bangsa asing.”


Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga.


bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Tuhan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan