Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Sisa Yakub akan ada di tengah-tengah banyak bangsa seperti embun daripada TUHAN, seperti hujan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tidak menanti-nantikan sesiapa pun dan tidak menunggu-nunggu anak-anak manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:7
40 Iomraidhean Croise  

Kita akan mendatangi dia di tempat mana-mana pun dia berada, lalu kita akan menyergapnya sehingga dia menjadi seperti embun yang jatuh ke bumi. Tidak ada seorang pun yang tertinggal akan hidup, baik dia mahupun semua orang yang menyertainya.


Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa. Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi, Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.


Umpama embun Hermon menitik ke atas Bukit Sion. Kerana di sanalah TUHAN memerintahkan berkat, hidup selama-lamanya.


Dia akan turun seperti hujan ke atas rumput sebelum ditebas, seperti hujan yang mengairi bumi.


Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.


Sehingga roh dicurahkan kepada kita dari tempat tinggi, barulah gurun menjadi ladang yang subur dan ladang yang subur dianggap hutan;


kerana Aku akan mencurahkan air ke atas tanah yang gersang dan aliran air ke atas tanah yang kering. Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunanmu dan berkat-Ku atas anak cucumu.


Seperti hujan dan salji turun dari langit dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan,


Aku akan menaruh tanda antara mereka dan akan mengutus orang mereka yang terselamat kepada bangsa-bangsa, iaitu ke Tarsis, ke Pul dan Lud (para pemanah itu), ke Tubal dan Yunani, ke pulau-pulau yang jauh, yang belum pernah mendengar khabar tentang Aku dan yang belum pernah melihat kemuliaan-Ku. Mereka akan menyatakan kemuliaan-Ku di antara bangsa.


Adakah antara berhala bangsa-bangsa itu yang dapat menurunkan hujan? Dapatkah langit sendiri menurunkan hujan lebat? Bukankah Engkau yang membuatnya, ya TUHAN Allah kami? Kami berharap kepada-Mu, kerana Engkaulah yang membuat semua itu.


Walaupun demikian, akan tertinggal di sana orang yang terselamat, iaitu anak lelaki dan perempuan yang akan dibawa keluar. Ya, mereka akan keluar mendapatkan kamu. Ketika kamu melihat tingkah laku dan tindak-tanduk mereka, kamu akan berasa terhibur sehubungan dengan malapetaka yang Kudatangkan ke atas Yerusalem — segala sesuatu yang Kudatangkan atasnya.


Dia membawa aku kembali ke pintu Bait Suci. Tampak air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci ke arah timur, kerana Bait itu menghadap ke timur. Air itu mengalir daripada bahagian bawah sisi kanan Bait Suci, di sebelah selatan mazbah.


‘Beginilah firman Tuhan ALLAH: Inilah Yerusalem! Aku telah menempatkan ia di tengah-tengah bangsa, dengan negeri-negeri lain di sekelilingnya.


Dengan kata-kata licik, dia akan mencabuli orang yang berlaku fasiq terhadap perjanjian itu. Tetapi umat yang mengenal Allah mereka akan tetap kuat dan akan bertindak dengan berani.


Aku akan menjadi seperti embun bagi Israel. Dia akan berbunga seperti bunga bakung dan menjulurkan akar-akarnya seperti pokok araz Lebanon.


Marilah kita mengenal TUHAN, mari kita berusaha keras demi mengenal Dia. Sepastinya fajar, Dia akan menyatakan diri-Nya dan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan akhir musim yang membasahi bumi.”


Maka akan terjadi kelak, semua orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan. Di Gunung Sion dan di Yerusalem akan ada orang yang terselamat, seperti yang telah difirmankan TUHAN, dan dalam kalangan yang tertinggal itu akan ada mereka yang dipanggil TUHAN.


Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf.


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


“Segeralah mengirik, wahai puteri Sion, kerana tandukmu akan Kujadikan besi dan kukumu akan Kujadikan tembaga. Engkau akan menumbuk hancur banyak suku bangsa. Engkau akan mengkhususkan jarahan mereka kepada TUHAN dan kekayaan mereka kepada Tuhan semesta bumi.”


Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa, di tengah-tengah banyak suku bangsa, seperti singa antara mergastua hutan, seperti seekor singa muda antara kawanan domba. Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Saki-baki orang Israel tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan berkata dusta. Lidah tipu daya tidak akan didapati di dalam mulut mereka. Sungguh, mereka akan makan lalu berbaring tanpa ada yang mampu menakut-nakutkan mereka.”


Pada waktu itu air kehidupan akan mengalir dari Yerusalem, sebahagian menuju laut timur dan sebahagian menuju laut barat. Hal itu akan terus berlangsung baik pada musim panas mahupun pada musim sejuk.


Aku akan melenturkan Yehuda seperti busur dan mengisinya dengan anak panah-Ku, Efraim. Aku akan membangkitkan para anakmu, wahai Sion, untuk melawan para anakmu, wahai Yunani. Engkau akan Kujadikan seperti pedang seorang kesateria.”


Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.


Apabila aku mula bercakap, Roh Kudus memenuhi mereka, seperti yang terjadi kepada kita dahulu.


Namun demikian, Paulus dan Barnabas bercakap dengan berani. Mereka berkata, “Memang seharusnya firman Allah disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Akan tetapi, disebabkan kamu menolak firman-Nya dan menganggap dirimu tidak layak menerima hidup kekal, kami berpaling daripadamu dan pergi kepada bangsa asing.


Pada malam itu Paulus mendapat suatu penglihatan: seorang Makedonia berdiri di hadapannya sambil memohon, “Marilah ke Makedonia menolong kami.”


Namun demikian, Tuhan berkata, “Pergilah, kerana Aku telah memilihnya sebagai alat pilihan-Ku untuk mengkhabarkan nama-Ku kepada bangsa-bangsa asing, raja-raja, dan umat Israel.


Kemudian Yesaya lantang berkata, “Aku telah ditemui oleh mereka yang tidak mencari-Ku; Aku menyatakan diri-Ku kepada orang yang tidak memohon kehadiran-Ku.”


Tetapi jika pelanggaran Israel bermakna kekayaan bagi dunia, dan kerugian mereka bermakna kekayaan bagi orang bukan orang Israel, betapa bergandanya lagi kekayaan yang akan dibawa oleh ketaatan mereka!


Jadi, apa yang akan kita katakan? Bahawa bangsa-bangsa asing, yang tidak mengejar perbenaran, telah mendapatinya, iaitu perbenaran berasaskan iman.


Aku menyemaikan benih manakala Apolos menyiram, tetapi Allah yang membolehkan tanaman itu tumbuh.


Semoga pengajaranku menitik seperti hujan dan perkataanku menitis ke atas rumput muda, bagai hujan lebat ke atas tumbuh-tumbuhan.


Kemudian Gideon berkata kepada Allah, “Jika Engkau mahu menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan itu,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan