Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Dengan pedang mereka akan menguasai Tanah Asyur dan Tanah Nimrod di muka pintu gerbangnya. Dia akan melepaskan kita daripada cengkaman orang Asyur apabila mereka masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak daerah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Umat Israel yang masih hidup akan menjadi seperti embun yang menyegarkan, yang dikirim oleh TUHAN kepada banyak bangsa; mereka bagaikan titisan hujan pada tanaman. Mereka akan bersandar kepada Allah dan bukan kepada manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Umat Israel yang masih hidup akan menjadi seperti embun yang menyegarkan, yang dikirim oleh TUHAN kepada banyak bangsa; mereka bagaikan titisan hujan pada tanaman. Mereka akan bersandar kepada Allah dan bukan kepada manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:6
26 Iomraidhean Croise  

Pada zaman Pekah, raja Israel, datanglah Tiglat-Pileser, raja Asyur. Dia merebut Iyon, Abel-Bet-Maakha, Yanoah, Kedesh, Hazor, Gilead, dan Galilea, seluruh Tanah Naftali, lalu membuang penduduknya ke Asyur.


Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.


Oleh sebab itu TUHAN mendatangkan kepada mereka panglima-panglima tentera raja Asyur, yang menangkap Manasye dengan pelbagai cangkuk dan membelenggunya dengan rantai gangsa, dan membawanya ke Babel.


Setelah aku berbicara, mereka tidak berbicara lagi, kata-kataku menetes ke atas mereka.


Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa. Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi, Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.


Dia akan turun seperti hujan ke atas rumput sebelum ditebas, seperti hujan yang mengairi bumi.


Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.


Aku akan menghancurkan orang Asyur di tanah-Ku, dan menginjak-injak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Kuk akan dibuang daripada umat-Ku dan beban akan disingkirkan daripada bahu mereka.


Malangnya engkau, wahai pemusnah, yang belum pernah dimusnahkan; dan engkau, wahai pengkhianat, yang belum pernah dikhianati! Setelah engkau selesai memusnahkan, engkau pun akan dimusnahkan; setelah engkau usai berkhianat, engkau pun akan dikhianati.


Kemudian malaikat TUHAN keluar dan menewaskan 185,000 orang di perkhemahan Asyur. Apabila orang bangun pada pagi esoknya, didapati mayat-mayat belaka!


Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe.


Kalau masih tertinggal sepersepuluh daripada mereka, maka mereka itu akan dimusnahkan pula. Tetapi seperti pokok jejawi dan pokok oak yang tertinggal tunggulnya setelah ditebang, demikianlah benih yang suci itu akan menjadi tunggulnya.”


Adakah antara berhala bangsa-bangsa itu yang dapat menurunkan hujan? Dapatkah langit sendiri menurunkan hujan lebat? Bukankah Engkau yang membuatnya, ya TUHAN Allah kami? Kami berharap kepada-Mu, kerana Engkaulah yang membuat semua itu.


Di manakah sarang singa, tempat singa muda mencari makanan, tempat singa jantan dan singa betina berjalan dengan anak singa, tanpa ada yang mengusik?


Dan Dia akan menghulurkan tangan-Nya melawan Tanah Utara dan membinasakan Asyur. Dia akan menjadikan Niniwe tempat termusnah, gersang seperti gurun.


Aku akan meninggalkan di tengah-tengahmu kalangan umat yang rendah hati dan lemah. Mereka akan berlindung dalam nama TUHAN.


Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita;


untuk menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita supaya tanpa rasa takut kita beribadat kepada-Nya


Lalu Yesus menerangkan kepada mereka apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain.


Semoga pengajaranku menitik seperti hujan dan perkataanku menitis ke atas rumput muda, bagai hujan lebat ke atas tumbuh-tumbuhan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan