Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Dia ini akan menjadi sumber kesejahteraan. Apabila orang Asyur masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak puri-puri kita, maka kita akan mengangkat tujuh orang gembala dan lapan orang pemimpin manusia untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:5
31 Iomraidhean Croise  

Dia akan melepaskan engkau daripada enam kesesakan, dan dalam yang ketujuh engkau tidak akan terkena malapetaka.


Dalam pemerintahan-Nya orang yang benar akan makmur; dan kesejahteraan penuh melimpah selagi bulan bercahaya.


Ada tiga hal yang terlalu ajaib bagiku, bahkan empat hal yang tidak kufahami:


Ada tiga hal yang gagah langkahnya, bahkan empat hal yang gagah jalannya:


Ada enam hal yang dibenci TUHAN, bahkan tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi-Nya:


Berikanlah bahagian kepada tujuh atau hingga lapan orang, kerana kamu tidak mengetahui bencana apa yang bakal terjadi di bumi ini.


Aku akan menghancurkan orang Asyur di tanah-Ku, dan menginjak-injak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Kuk akan dibuang daripada umat-Ku dan beban akan disingkirkan daripada bahu mereka.


Akulah yang berfirman tentang Kores, ‘Dialah gembala-Ku. Dia akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’ Tentang Yerusalem ia akan berkata, ‘Kota itu akan dibangunkan kembali,’ dan tentang Bait Suci, ‘Dasarnya akan diletakkan.’ ”


Maka orang akan takut kepada nama TUHAN dari arah barat, dan kepada kemuliaan-Nya dari arah terbitnya matahari, kerana Dia akan datang seperti arus yang tertahan, yang didorong oleh hembusan nafas TUHAN.


Beginilah firman TUHAN, “Seperti kata orang jika air anggur masih didapati pada tandannya, ‘Jangan musnahkan itu kerana masih ada berkat di dalamnya,’ demikianlah Aku akan bertindak demi hamba-hamba-Ku. Aku tidak akan memusnahkan mereka seluruhnya.


Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel.


Pada waktu itu dan pada saat itu Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri.


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Damsyik, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah membanting Gilead serta merelaikannya bagaikan diirik dengan pengirik bermata besi,


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Gaza, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah mengangkut kesemua orang buangan itu untuk diserahkan kepada Edom,


Mereka akan mengharungi laut kesesakan dan memukul segala gelombang di laut, sehingga semua tempat yang dalam di Sungai Nil menjadi kering. Keangkuhan Asyur akan diruntuhkan dan tongkat kerajaan Mesir akan disingkirkan.


“Murka-Ku menyala-nyala terhadap para gembala dan Aku akan menghukum para pemimpin! TUHAN alam semesta, akan mengurus kawanan domba-Nya, iaitu keturunan kaum Yehuda, dan akan menjadikan mereka seperti kuda perang yang penuh kemegahan dalam peperangan.


Pada hari itu Aku akan menjadikan para ketua kaum Yehuda seperti periuk api di tengah-tengah kayu bakar dan seperti obor berapi di tengah-tengah berkas gandum. Mereka akan menumpaskan habis semua suku bangsa di sekeliling mereka baik di kanan mahupun di kiri, tetapi penduduk Yerusalem akan tinggal lagi di tempatnya sendiri di Yerusalem.


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Aku akan melenturkan Yehuda seperti busur dan mengisinya dengan anak panah-Ku, Efraim. Aku akan membangkitkan para anakmu, wahai Sion, untuk melawan para anakmu, wahai Yunani. Engkau akan Kujadikan seperti pedang seorang kesateria.”


“Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.”


Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut.


Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Segala tentera syurga, berpakaian kain linen halus yang putih bersih, menunggang kuda putih mengiringi-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan