Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:4
37 Iomraidhean Croise  

untuk memberitahu anak-anak manusia mengenai perbuatan-Mu yang hebat, serta kemuliaan dan keagungan kerajaan-Mu.


Setiap pelosok dunia akan ingat dan berpaling kepada TUHAN, dan semua kaum bangsa akan menyembah-Mu,


Segala puji bagi nama-Nya untuk selama-lamanya; semoga seluruh bumi dipenuhi dengan kemuliaan-Nya. Amin, Amin.


Dia akan berkuasa dari laut ke laut dan dari Sungai Efrat ke hujung bumi.


TUHAN bertakhta, pakaian-Nya adalah keagungan; TUHAN berpakaian keagungan dan Dia telah menyaluti diri-Nya dengan kekuatan. Sesungguhnya, dunia telah diasaskan; dan tidak dapat diganjakkan.


Dia telah ingat akan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel; semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.


Dengarlah dan patuhilah kata-katanya kerana nama-Ku ada dalam dia. Maka jangan menderhaka kepadanya kerana dia tidak akan mengampunkan pelanggaranmu.


Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.


Sekarang demikianlah firman TUHAN – Dia membentuk aku sejak dalam kandungan untuk menjadi hamba-Nya, untuk membawa Yakub kembali kepada-Nya, dan untuk mengumpulkan Israel kepada-Nya. Aku ini mulia di mata TUHAN dan Allahku adalah kekuatanku —


TUHAN telah memperlihatkan kuasa-Nya yang suci di hadapan mata segala bangsa. Segala hujung bumi akan melihat penyelamatan daripada Allah kita.


Sesungguhnya, hamba-Ku akan bertindak bijaksana. Dia akan ditinggikan, dijunjung, dan sangat dimuliakan.


maka sesungguhnya Tuhan mendatangkan air sungai yang mengalir deras dan berlimpahan bagi mereka, iaitu raja Asyur dengan segala kemuliaannya. Air ini akan meluap melampaui segala salurannya dan akan mengalir melampaui segala tepiannya


Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu, domba-domba harta pusaka-Mu, yang terpencil mendiami rimba di tengah-tengah Karmel. Biarlah mereka merumput di Basan dan di Gilead, seperti pada zaman dahulu.


“Wahai pedang, bangkitlah melawan gembala-Ku, melawan orang yang menjadi sekutu-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Rebahkanlah sang gembala, dan dombanya akan bertempiaran. Aku akan bertindak melawan yang kecil dan lemah.


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Matamu akan melihatnya sendiri dan kamu akan berkata, ‘Maha Besar TUHAN sampai di luar negeri Israel!’


Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


“Apabila Anak Manusia datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya.


Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya.


Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Kulakukan, kalaupun kamu tidak percaya kepada-Ku. Dengan demikian akan fahamlah kamu bahawa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa.”


Yesus berkata kepadanya, “Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu.”


Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus.


Kamu dipelihara dengan kuasa Allah, melalui iman untuk penyelamatan yang akan ternyata sepenuhnya pada akhir zaman.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan