Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:3
31 Iomraidhean Croise  

Dia akan lepas tangan terhadap orang Israel kerana dosa-dosa Yerobeam yang dilakukannya sendiri, dan yang menyebabkan orang Israel turut sama berdosa.”


Janganlah seperti para bapamu dan para saudaramu yang berbuat mungkar terhadap TUHAN, Allah nenek moyang mereka, sehingga Dia menjadikan mereka suatu kengerian seperti yang kamu lihat sendiri.


Biar umat memuji-Mu, ya Allah; biar semua umat memuji-Mu.


Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.


firman-Nya, “Terlalu ringan bagimu cuma untuk menjadi hamba-Ku, untuk membangkitkan suku-suku Yakub kembali, dan untuk mengembalikan orang Israel yang masih terpelihara. Aku akan membuat kamu menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa supaya kamu membawa penyelamatan daripada-Ku sampai ke hujung bumi.”


“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan bertakhta sebagai raja dan bertindak bijaksana. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri ini.


“Pada waktu itu juga,” demikianlah firman TUHAN, “Aku akan menjadi Allah bagi seluruh kaum orang Israel dan mereka akan menjadi umat-Ku.”


Yang hilang akan Kucari, yang terhalau akan Kubawa pulang, yang luka akan Kubalut, dan yang lemah akan Kukuatkan, tetapi yang gemuk dan yang kuat akan Kubinasakan. Aku akan menggembala mereka dengan keadilan.


Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim, menyerahkan engkau, wahai Israel? Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim? Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.


“Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan hatinya.


Oleh sebab itu Aku akan mengambil kembali gandum-Ku pada musimnya dan air anggur-Ku pada masanya. Akan Kurenggut bulu domba-Ku dan kain rami-Ku yang diberikan untuk menutupi auratnya.


Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf.


Setiap orang akan duduk di bawah pokok anggurnya dan di bawah pokok aranya tanpa ada yang mengusik, kerana TUHAN alam semesta telah berfirman.


Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.


Sisa Yakub akan ada di tengah-tengah banyak bangsa seperti embun daripada TUHAN, seperti hujan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tidak menanti-nantikan sesiapa pun dan tidak menunggu-nunggu anak-anak manusia.


Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa, di tengah-tengah banyak suku bangsa, seperti singa antara mergastua hutan, seperti seekor singa muda antara kawanan domba. Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.


Engkau akan makan, tetapi tidak menjadi kenyang, rasa lapar tetap ada di dalam perutmu. Engkau akan memindahkan barang, tetapi tidak dapat menyelamatkannya, apa yang kauselamatkan akan Kuserahkan kepada pedang.


Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana penduduknya, kerana hasil perbuatan mereka.


Aku akan menguatkan keturunan kaum Yehuda, dan menyelamatkan keturunan kaum Yusuf. Aku akan membawa mereka kembali, kerana Aku mengasihani mereka. Mereka akan menjadi orang yang seolah-olah tidak pernah Kubuang, kerana Akulah TUHAN, Allah mereka, dan Aku akan menjawab mereka.


Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”


Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku.”


Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’


Kerana dari mulanya dahulu Allah telah menentukan mereka yang dipilih-Nya supaya menjadi selaras dengan rupa Anak-Nya, maka Anak itu merupakan yang sulung di antara saudara yang ramai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan