Mikha 5:2 - Alkitab Versi Borneo2 “Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. Faic an caibideil |
Selain itu, carilah dalam kalangan seluruh umat itu beberapa orang yang berkebolehan lagi takut kepada Allah, orang yang boleh dipercayai dan amanah iaitu tidak dapat disuap. Lantiklah mereka untuk menjadi pemimpin bagi seribu orang, pemimpin seratus orang, pemimpin lima puluh orang, dan pemimpin sepuluh orang.
Menggeliatlah dan mengejanlah, wahai puteri Sion, seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran, kerana sekarang engkau harus keluar dari kota dan berdiam di padang. Engkau harus pergi sampai ke Babel, di sanalah engkau akan diselamatkan, di sanalah engkau akan ditebus TUHAN daripada tangan para musuhmu.
Lalu semua yang hadir di pintu gerbang, dan para tua-tua pun berkata, “Sesungguhnya, kamilah saksi hal ini. Semoga TUHAN menjadikan perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang kedua-duanya membina keturunan kaum Israel. Semoga kamu makmur di Efrata dan biarlah masyhur namamu di Betlehem.