Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Aku akan melenyapkan patung-patung ukiranmu dan tiang-tiang berhalamu daripada kalanganmu. Engkau tidak akan lagi sujud menyembah hasil kerja tanganmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Aku akan merobohkan patung-patung Dewi Asyera di negeri kamu dan memusnahkan kota-kota kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Aku akan merobohkan patung-patung Dewi Asyera di negeri kamu dan memusnahkan kota-kota kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:13
17 Iomraidhean Croise  

sedangkan berhala-berhala akan hilang sama sekali.


Negeri mereka penuh berhala. Mereka sujud menyembah hasil buatan tangan sendiri, barang yang dibuat oleh jari-jari sendiri.


Demikianlah melalui hal ini kesalahan Yakub akan dihapuskan, dan inilah hasil sepenuhnya kalau dia menyingkirkan dosa-dosanya: apabila dia membuat semua batu mazbah jadi seperti batu-batu kapur yang dipecah-pecahkan, maka patung-patung Asyera dan tugu-tugu mazbah dupa tidak akan berdiri lagi.


Rumah-rumahmu akan dibakar habis oleh mereka, dan mereka akan menjatuhkan hukuman kepadamu di hadapan mata ramai perempuan. Aku akan menghentikan perzinaanmu dan engkau pun tidak akan memberikan upah sundal lagi.


Kamu akan Kurenjis dengan air suci, sehingga kamu menjadi suci. Akan Kusucikan kamu daripada segala kenajisanmu dan daripada segala berhalamu.


Mereka pun tidak akan menajiskan diri lagi dengan berhala mereka, dengan tuhan mereka yang menjijikkan, atau dengan segala pelanggaran mereka. Aku akan menyelamatkan mereka daripada segala tempat mereka berbuat dosa, dan akan menyucikan mereka. Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allah mereka.


Orangmu yang terselamat itu akan mengingat Aku di antara bangsa-bangsa tempat mereka ditawan, bagaimana Aku didukacitakan oleh hati mereka yang berbuat kafir dengan menjauh daripada-Ku, dan oleh mata mereka yang berbuat kafir dengan mengikuti berhala-berhala mereka. Mereka akan berasa muak pada diri mereka sendiri kerana kejahatan dan kekejian yang dilakukan mereka.


Hati mereka licik, dan sekarang mereka harus menanggung kesalahan mereka. TUHAN akan menghancurkan mazbah-mazbah berhala mereka, dan memusnahkan tiang-tiang berhala mereka.


Asyur tidak dapat menyelamatkan kami. Kami tidak mahu menunggang kuda, dan tidak akan lagi berkata, ‘Ya Allah kami,’ kepada hasil buatan tangan kami, kerana dalam Engkaulah anak yatim mendapat rahmat.”


Efraim, apakah lagi urusan-Ku dengan berhala-berhala? Akulah yang menjawab dan memperhatikan engkau. Aku seperti pokok sanubar yang hijau, daripada-Ku kaudapatkan buahmu.”


TUHAN membuat ketetapan tentang engkau, wahai Niniwe, “Tidak akan ada lagi penerus namamu. Aku akan melenyapkan patung ukiran dan patung tuangan di dalam kuil berhalamu. Aku akan menyediakan kuburmu, kerana engkau ini hina.”


“Aku akan menjangkaukan tangan-Ku melawan Yehuda dan seluruh penduduk Yerusalem. Akan Kulenyapkan di tempat ini saki-baki Baal dan nama para imam berhala serta para imam;


Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan melenyapkan nama berhala-berhala daripada negeri itu, sehingga semua itu tidak diingat lagi. Aku pun akan mengusir nabi-nabi dan roh najis dari negeri itu.


Manusia yang tidak terbunuh oleh bencana itu tidak berpaling daripada berhala buatan tangan mereka. Mereka meneruskan amalan menyembah roh-roh iblis dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu dan kayu yang tidak dapat melihat, mendengar atau berjalan.


Lima orang peninjau itu berjalan terus lalu masuk ke dalam lalu mengambil patung pahatan, efod, berhala yang disembah serta patung tuangan itu sementara imam itu berdiri di pintu gerbang bersama-sama enam ratus orang yang dilengkapi dengan senjata masing-masing.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan