Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Aku akan melenyapkan kota-kota negerimu dan meruntuhkan kubu-kubumu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Aku akan memusnahkan azimat kamu dan menyingkirkan semua peramal kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Aku akan memusnahkan azimat kamu dan menyingkirkan semua peramal kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:11
10 Iomraidhean Croise  

Negerimu menjadi sunyi sepi, kota-kotamu terbakar hangus. Tanahmu dimakan habis orang asing di hadapan matamu. Sunyi sepi, seperti ditunggangbalikkan oleh orang asing.


Sungguh, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan kaum Yakub, kerana mereka dipenuhi tahyul dari Timur. Mereka menjadi peramal seperti orang Filistin, dan berjabat tangan dengan orang kafir.


Demikianlah melalui hal ini kesalahan Yakub akan dihapuskan, dan inilah hasil sepenuhnya kalau dia menyingkirkan dosa-dosanya: apabila dia membuat semua batu mazbah jadi seperti batu-batu kapur yang dipecah-pecahkan, maka patung-patung Asyera dan tugu-tugu mazbah dupa tidak akan berdiri lagi.


Lalu aku bertanya, “Sampai berapa lama, ya Tuhan?” Jawab-Nya, “Sampai kota-kota runtuh, tidak berpenduduk lagi, sehingga di rumah-rumah tidak ada penghuni lagi dan tanah itu menjadi tandus serta sunyi sepi.


Tuhan membinasakan semua tempat kediaman Yakub tanpa belas kasihan. Dalam kemurkaan-Nya, Dia meruntuhkan kubu-kubu puteri Yehuda. Kerajaan berserta para penguasanya diruntuhkan ke tanah dan diaibkan-Nya.


Engkau akan berkata, “Aku akan maju menyerang negeri yang kampung-kampungnya tidak bertembok. Aku akan mendatangi orang yang hidup tenang dan tinggal dengan aman. Mereka semua tinggal tanpa tembok kota, tanpa palang pintu dan pintu gerbang.”


maka keributan akan timbul dalam kalangan bangsamu. Segala kubumu akan dimusnahkan, seperti Bet-Arbel dimusnahkan oleh Salman pada hari peperangan. Ibu berserta anak-anak dihempaskan.


Dia yang mendatangkan kebinasaan atas yang kuat sehingga kebinasaan melanda kota berkubu.


Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan