Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Sekarang berhimpunlah, wahai puteri yang berpasukan, pengepungan telah diadakan terhadap kita. Dengan tongkat mereka akan menghentam rahang orang yang memerintah Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:1
35 Iomraidhean Croise  

Maka Rahel meninggal dan dimakamkan di sisi jalan menuju Efrata, iaitu Betlehem.


Cokmar kuasa tidak akan berpindah daripada Yehuda, mahupun tongkat kerajaan daripada di antara kakinya, hingga datang dia yang berhak atasnya; kepadanyalah bangsa-bangsa akan tunduk.


Kemudian Zedekia anak Kenaana mendekati lantas menampar pipi Mikha. Katanya, “Bagaimanakah mungkin roh daripada TUHAN itu berpindah daripadaku untuk berbicara kepadamu?”


Kemudian TUHAN mengirim pelbagai gerombolan iaitu daripada orang Kasdim, orang Aram, orang Moab, dan daripada bani Amon untuk mendatangi Yehuda untuk membinasakan negeri itu, selaras dengan firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan para hamba-Nya, para nabi.


Mereka mengangakan mulut kepadaku, menampar pipiku dengan celaan, dan berkerumun bersama-sama untuk melawan aku.


Aku ditetapkan sejak azali, sebelum ada bumi.


Aku mengutusnya kepada bangsa yang munafik. Aku memerintahkannya melawan umat yang Kumurkai, untuk melakukan penjarahan dan mengadakan perampasan, serta menginjak-injak mereka seperti lumpur di jalan.


Sesungguhnya, TUHAN ialah hakim kita, TUHAN ialah pemerintah kita, TUHAN ialah raja kita, Dia akan menyelamatkan kita.


Hancurlah, wahai bangsa-bangsa! Bertaburanlah! Perhatikanlah, wahai segala negeri yang jauh! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah!


Setiap sepatu yang berderap dalam deru peperangan dan pakaian yang berlumuran darah akan dibakar dan menjadi bahan bakar untuk api.


sesungguhnya Aku akan mengirim utusan untuk menjemput semua suku bangsa dari utara,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan memanggil Nebukadnezar, raja Babel, hamba-Ku itu. Akan Kubawa mereka untuk menyerang negeri ini, menyerang penduduknya dan semua bangsa di sekitarnya. Akan Kutumpaskan mereka dan Kubuat mereka menjadi kengerian, cemuhan, dan reruntuhan untuk selama-lamanya.


Singa telah bangkit dari belukar, pemusnah bangsa-bangsa telah berangkat, keluar dari tempatnya untuk menjadikan negerimu tandus. Kota-kotamu akan dijadikan puing-puing sehingga tidak berpenduduk lagi.


Biarlah dia menyerahkan pipi kepada orang yang menamparnya, dan biarlah dia sarat dengan celaan.


Engkau akan menjadi makanan api. Darahmu akan tertumpah di tengah-tengah negeri itu, dan engkau tidak akan diingat lagi, kerana Aku, TUHAN, telah berfirman begitu.’ ”


“Wahai anak manusia, tulislah tarikh hari ini, ya, hari ini. Pada hari ini juga raja Babel mula mengepung Yerusalem.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Maklumkanlah hal ini dalam kalangan bangsa: tahbiskan dirimu untuk berperang, kerahkanlah para kesateria. Biarlah semua pejuang tampil untuk mara!


Aku akan melenyapkan sang pemimpin daripada antaranya dan mencabut nyawa semua pembesarnya bersama dengannya,” demikianlah firman TUHAN.


Sesungguhnya, Aku membangkitkan orang Kasdim, bangsa yang garang dan tangkas, yang menjelajahi luasnya bumi untuk merampas tempat kediaman yang bukan milik mereka.


Ketika aku mendengarnya, gementarlah jiwa ragaku, bergetar bibirku mendengar bunyinya. Kereputan menulari seluruh anggotaku tewas kakiku lalu kurebah di tempatku. Namun dengan tenang akan kunantikan hari kesesakan, yang akan mendatangi bangsa yang bergerombol menyerang kami.


Setelah itu, mereka meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya.


Selepas itu, mereka meludahi-Nya dan memukul kepala-Nya dengan mensiang itu.


Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya.


Seorang pegawai di situ menampar Yesus sambil berkata, “Begitukah Kamu bercakap kepada seorang imam besar?”


Mereka datang kepada-Nya dan berkata, “Daulat Raja orang Yahudi!” lalu menampar-Nya.


Ananias, imam besar, menyuruh orang yang berdiri di sisi Paulus menampar mulutnya.


Kamu bersabar dengan orang yang memperhamba kamu, yang menelanmu, yang memerangkapmu dengan tipu helah, yang meninggikan dirinya, yang menampar mukamu.


TUHAN akan mendatangkan kepadamu sebuah bangsa dari jauh, dari hujung bumi, yang terbang melayah turun seperti rajawali — bangsa yang kamu tidak mengerti bahasanya,


Allah yang abadi ialah tempat perlindunganmu, dan di bawahmu ada lengan-lengan yang kekal. Dia mengusir musuh dari hadapanmu dan berfirman, ‘Punahkanlah!’


Maka ada seorang pendatang muda bani Lewi dari Betlehem-Yehuda, daripada kaum Yehuda yang menumpang di situ.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan