Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Sekarang, mengapakah engkau berteriak dengan kuat? Tidak adakah lagi raja dalam kalanganmu? Adakah penasihatmu sudah binasa sehingga kamu dicengkam kesakitan seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:9
20 Iomraidhean Croise  

Mereka akan amat cemas, rasa perih dan sakit akan mencengkam mereka. Mereka akan menggeliat kesakitan seperti perempuan yang bersalin, mereka akan saling berpandangan dengan hairan, wajah mereka merah padam.


Itulah sebabnya pinggangku dipenuhi rasa nyeri. Rasa sakit mencekam aku seperti rasa sakit perempuan yang akan bersalin. Aku terbongkok-bongkok sehingga tidak mendengar, aku gementar sehingga tidak melihat.


Seperti perempuan yang mengandung menggeliat kesakitan, berteriak-teriak kerana sakit apabila mendekati waktu bersalin, demikianlah tadinya keadaan kami di hadapan-Mu, ya TUHAN.


Wahai penduduk Lebanon, yang bersarang di pokok-pokok araz! Betapa kasihan engkau ketika rasa sakit menimpamu, sakit seperti perempuan yang bersalin!”


‘Janganlah takut, wahai hamba-Ku Yakub,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan janganlah kecut hati, wahai Israel! Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh dan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan. Yakub akan kembali dan hidup tenang, aman tanpa ada yang mengusik.


Berapa lama lagi aku akan melihat panji-panji itu dan mendengar bunyi sangkakala?


Kudengar suara seperti suara perempuan bersalin, suara kesesakan perempuan yang melahirkan anak pertama. Itulah suara puteri Sion yang terengah-engah, yang menadahkan tangan sambil berkata, “Malangnya aku, kerana aku lesu di hadapan para pembunuh.”


Keriot direbut, kubu-kubu pertahanan diduduki. Pada waktu itu hati kesateria Moab akan seperti hati perempuan yang sedang sakit bersalin.


Raja Babel mendengar khabar tentang mereka, lalu patahlah semangatnya. Kesesakan mencengkamnya. Dia kesakitan seperti perempuan yang sedang bersalin.


Dengar! Suara teriakan puteri bangsaku dari negeri yang jauh: “Adakah TUHAN tidak hadir di Sion? Tidak hadirkah Rajanya di dalamnya?” “Mengapakah mereka membangkitkan murka-Ku dengan patung-patung ukiran mereka, dengan berhala-berhala bangsa asing?”


Orang yang diurapi TUHAN, nafas hidup kami tertangkap dalam lubang jebak mereka, padahal tadinya kami berfikir, “Di bawah naungannya kami akan hidup dalam kalangan bangsa.”


Kemudian mereka akan berkata, “Kita tidak punya raja lagi, kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Kalaupun kita punya raja, apa yang dapat dilakukannya bagi kita?”


Rasa sakit wanita yang bersalin kelak menimpa dia, tetapi dia bukan anak yang bijak. Apabila waktunya tiba, dia tidak juga muncul daripada rahim!


Sesungguhnya, orang Israel akan hidup beberapa lamanya tanpa raja, tanpa pemimpin, tanpa korban sembelihan, tanpa tiang berhala, dan tanpa baju efod ataupun terafim.


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia.


Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan