Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Mengenai engkau, wahai Menara Kawanan Ternak, bukit puteri Sion, kepadamu akan tiba dan akan datang pemerintahan yang dahulu, yakni kerajaan bagi puteri Yerusalem.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:8
23 Iomraidhean Croise  

Kemudian Israel berangkat lagi. Didirikannya khemahnya di seberang Migdal-Eder.


Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.


Palal anak Uzai menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan bahagian penyangga dan di depan menara yang menanjak dari bahagian atas istana raja, dekat Laman Luar Para Pengawal. Selepasnya, Pedaya anak Paros


Angkatlah kepalamu, wahai pintu gerbang; dan terangkatlah, kamu pintu yang kekal, Raja kemuliaan akan berangkat masuk.


Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung.


Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.


Lehermu bagaikan menara Daud, yang dibangunkan dengan barisan menara kecil, padanya tergantung seribu perisai, semuanya perisai para kesateria.


Aku akan mengembalikan para hakimmu seperti dahulu dan para penasihatmu seperti semula. Setelah itu, engkau akan disebut kota yang benar, kota yang setia.”


Hari ini juga Asyur akan berhenti di Nob. Dia akan mengacung-acungkan tinjunya kepada gunung puteri Sion, iaitu bukit Yerusalem.


Dia mencangkulnya, membuang batu-batunya, dan menanam pokok anggur pilihan. Dia mendirikan sebuah menara tinjau di tengah-tengahnya, dan juga membuat tempat pemerasan anggur di dalamnya. Dia menantikan kebun itu menghasilkan buah anggur yang baik, tetapi yang dihasilkan hanya buah anggur masam.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Namun demikian, orang suci milik Yang Maha Tinggi akan mengambil alih kerajaan itu dan memegang kerajaan itu buat selama-lamanya, ya, sampai kekal selama-lamanya.’


Para penyelamat akan mendaki Gunung Sion demi menghukum pergunungan Esau; maka kerajaan itu akan menjadi milik TUHAN.


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Kembalilah ke kubu, wahai para tahanan yang penuh harapan! Hari ini juga Kuberitahukan kepadamu bahawa Aku akan mengganti kerugianmu dua kali lipat.


Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.


Daripada Yakub akan muncul seorang penuh berkuasa, yang akan membinasakan orang yang terselamat daripada kota-kota raya.”


“Dengarlah satu ibarat lagi: Seorang tuan tanah menanam sebuah ladang anggur. Dia memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu pergi ke negeri lain.


Setelah itu, Dia mula berkata-kata kepada mereka melalui ibarat: “Seorang peladang menanam anggur, memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang untuk tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang lalu pergi ke negeri lain.


Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.


Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan