Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:7
32 Iomraidhean Croise  

“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Sebuah takhta kerajaan akan ditegakkan dalam kasih abadi, dan di atasnya akan duduk seorang yang boleh dipercayai di dalam khemah Daud. Dialah hakim dan penegak keadilan yang cepat melaksanakan keadilan.


Bulan purnama akan mendapat aib dan matahari menjadi malu, kerana TUHAN alam semesta, akan bertakhta di Gunung Sion dan di Yerusalem, dan di hadapan para tua-tua-Nya dengan mulia.


Kalau masih tertinggal sepersepuluh daripada mereka, maka mereka itu akan dimusnahkan pula. Tetapi seperti pokok jejawi dan pokok oak yang tertinggal tunggulnya setelah ditebang, demikianlah benih yang suci itu akan menjadi tunggulnya.”


Yang sedikit akan menjadi suatu kaum, yang kecil akan menjadi suatu bangsa yang kuat. Aku, TUHAN, akan segera mewujudkannya pada waktunya.”


Siapakah yang pernah mendengar hal semacam ini? Siapakah yang pernah melihat hal-hal semacam ini? Masakan sebuah negeri diperanakkan dalam satu hari? Masakan sebuah bangsa dilahirkan sedetik? Tetapi baru sahaja Sion menggeliat sakit, ia sudah melahirkan anak-anaknya.


Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, inilah tempat arasy-Ku dan tempat tumpuan kaki-Ku. Di sinilah Aku akan bersemayam untuk selama-lamanya di tengah-tengah orang Israel. Keturunan kaum Israel — mereka dan juga raja-raja mereka — tidak akan lagi menajiskan nama-Ku yang suci dengan perbuatan kafir mereka, dengan berhala raja-raja mereka di bukit pemujaan,


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


“Pada akhir tempoh masa itu, aku, Nebukadnezar, menengadah ke langit dan fikiranku kembali kepadaku. Aku memuji Yang Maha Tinggi. Aku menyanjung dan membesarkan Dia yang hidup selama-lamanya, kerana kekuasaan-Nya sememangnya kekuasaan yang kekal, dan kerajaannya tetap turun-temurun.


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Maka pemerintahan, kekuasaan, dan keagungan segala kerajaan di bawah seluruh kolong langit akan diserahkan kepada umat suci milik Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal. Segala penguasaan akan beribadat dan taat kepada-Nya.’


Namun demikian, jumlah orang Israel kelak akan seperti pasir laut yang tidak dapat disukat atau dihitung. Nanti, di tempat dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ akan dikatakan kepada mereka, ‘Kamulah anak-anak Allah yang hidup.’


Maka akan terjadi kelak, semua orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan. Di Gunung Sion dan di Yerusalem akan ada orang yang terselamat, seperti yang telah difirmankan TUHAN, dan dalam kalangan yang tertinggal itu akan ada mereka yang dipanggil TUHAN.


“Maka kamu akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, yang bersemayam di Sion, gunung-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi suci dan orang asing tidak akan melintasinya lagi.


Para penyelamat akan mendaki Gunung Sion demi menghukum pergunungan Esau; maka kerajaan itu akan menjadi milik TUHAN.


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


Dia yang membuka jalan akan maju di depan mereka. Mereka akan menerobos melalui pintu gerbang, dan keluar dari situ. Raja mereka akan berjalan di depan mereka, yakni TUHAN yang mengepalai mereka.”


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Saki-baki orang Israel tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan berkata dusta. Lidah tipu daya tidak akan didapati di dalam mulut mereka. Sungguh, mereka akan makan lalu berbaring tanpa ada yang mampu menakut-nakutkan mereka.”


Pada waktu itu Aku akan membawa kamu pulang, iaitu pada waktu Aku mengumpulkan kamu. Aku akan menjadikan kamu termasyhur dan terpuji di antara segala bangsa di bumi pada waktu Aku memulihkan keadaanmu di hadapan matamu sendiri,” demikianlah firman TUHAN.


Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan.”


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan