Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia akan menjadi hakim antara banyak suku bangsa dan akan memutuskan perkara bagi bangsa-bangsa yang kuat sampai ke tempat yang jauh. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas. Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa dan mereka tidak akan lagi belajar ilmu peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Dia akan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa, antara kuasa-kuasa besar yang dekat dan yang jauh. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas. Bangsa-bangsa tidak akan berperang lagi, dan tidak bersedia untuk bertempur lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Dia akan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa, antara kuasa-kuasa besar yang dekat dan yang jauh. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas. Bangsa-bangsa tidak akan berperang lagi, dan tidak bersedia untuk bertempur lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:3
40 Iomraidhean Croise  

“Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.”


Dia menghentikan perang di serata bumi; Dia mematahkan busur dan lembing, Dia membakar pedati dalam api menyala.


Gunung-ganang akan membawa kesejahteraan kepada umat, dan bukit membawa hasil kebenaran.


Dalam pemerintahan-Nya orang yang benar akan makmur; dan kesejahteraan penuh melimpah selagi bulan bercahaya.


Bangkitlah, ya Allah, hakimilah bumi, kerana semua bangsa ialah warisan-Mu.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.


Dia akan menjadi hakim antara bangsa-bangsa dan akan memutuskan perkara bagi banyak suku bangsa. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak, dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas. Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa, dan mereka tidak akan lagi belajar berperang.


Itulah sebabnya suku bangsa yang kuat akan memuliakan Engkau, kota bangsa-bangsa yang kejam akan takut kepada-Mu.


Perbenaran daripada-Ku sudah dekat, penyelamatan daripada-Ku sudah terbit, dan tangan-Ku akan menghakimi bangsa-bangsa. Pulau-pulau menantikan Aku, mereka mengharapkan tindakan tangan-Ku.


Sungguh, bangsa dan kerajaan yang tidak mahu mengabdi kepadamu akan binasa. Bangsa-bangsa itu akan habis dimusnahkan.


Serigala dan anak domba akan meragut rumput bersama-sama, singa akan makan jerami seperti lembu, sedangkan debu akan menjadi makanan ular. Tidak ada yang akan berbuat jahat ataupun berlaku binasa di seluruh gunung-Ku yang suci,” demikianlah firman TUHAN.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Pada waktu itu Aku akan mengikat perjanjian bagi mereka dengan binatang-binatang di padang, dengan burung-burung di udara, dan dengan binatang-binatang melata di bumi. Akan Kutiadakan busur panah, pedang, dan peperangan dari negeri ini dan akan Kubaringkan mereka dengan aman.


Ya, Aku akan mempertunangkan engkau dengan diri-Ku dalam kesetiaan, dan engkau akan mengenal TUHAN.


maka Aku akan mengumpulkan segala bangsa dan membawa mereka turun ke Lembah Yosafat. Aku akan membangkitkan dengan mereka di sana dalam hal umat-Ku dan harta pusaka-Ku Israel, kerana segala bangsa itu telah mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa dan telah membahagi-bahagikan tanah-Ku.


Aku akan melakukan pembalasan dalam murka dan amarah kepada bangsa-bangsa yang tidak mahu taat.”


Setelah itu, TUHAN akan maju berperang melawan bangsa-bangsa itu seperti ketika Dia berperang pada hari pertempuran.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Masih akan datang lagi suku-suku bangsa dan penduduk banyak kota.


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.”


Kemudian aku melihat syurga terbuka, dan kelihatan seekor kuda putih. Dia yang menunggangnya dipanggil Setia dan Benar, dan dengan keadilan Dia menghakimi serta memerangi.


TUHAN akan menghancurleburkan kalangan yang menentang-Nya, mengecam keras mereka bagaikan guruh di langit. TUHAN akan mengadili seluruh bumi. Dia akan mengurniakan kekuatan kepada raja yang diangkat-Nya dan memberikan kejayaan kepada orang pilihan-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan