Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Banyak bangsa akan datang dan berkata, “Mari kita naik ke gunung TUHAN, ke Rumah Allah Yakub. Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita, sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya.” Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion dan firman TUHAN dari Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 lalu mereka akan berkata, “Marilah kita naik ke bukit TUHAN, ke Rumah TUHAN, Allah Israel. Dia akan mengajar kita kehendak-Nya yang harus kita lakukan; kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya, kerana ajaran TUHAN itu datang dari Yerusalem; dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 lalu mereka akan berkata, “Marilah kita naik ke bukit TUHAN, ke Rumah TUHAN, Allah Israel. Dia akan mengajar kita kehendak-Nya yang harus kita lakukan; kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya, kerana ajaran TUHAN itu datang dari Yerusalem; dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:2
35 Iomraidhean Croise  

TUHAN akan menghantar tongkat kekuatan-Mu dari Sion; memerintahlah di tengah-tengah musuh-Mu.


Diberkatilah orang yang tidak tercela jalannya, yang melangkah menurut hukum TUHAN.


Bibirku akan melafazkan pujian, kerana Engkau mengajarku ketetapan-Mu.


Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku, “Marilah kita masuk ke rumah TUHAN.”


Siapakah manusia yang takut akan TUHAN? TUHAN akan mengajarnya di jalan pilihan-Nya.


Banyak suku akan datang dan berkata, “Mari kita naik ke gunung TUHAN, ke Rumah Allah Yakub. Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita, sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya.” Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion, dan firman TUHAN dari Yerusalem.


Semua anakmu akan menjadi pengikut TUHAN, besarlah kesejahteraan anak-anakmu itu.


mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.”


Sungguh, akan datang harinya ketika para penjaga berseru di Pergunungan Efraim, ‘Mari kita pergi ke Sion, menghadap TUHAN, Allah kita.’ ”


Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, menyatakan kepada kami jalan yang harus kami tempuh dan hal yang harus kami lakukan.”


Marilah kita mengenal TUHAN, mari kita berusaha keras demi mengenal Dia. Sepastinya fajar, Dia akan menyatakan diri-Nya dan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan akhir musim yang membasahi bumi.”


Maka semua orang yang terselamat daripada semua bangsa yang pernah datang menyerang Yerusalem akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah Sang Raja, iaitu TUHAN alam semesta, dan untuk merayakan Perayaan Pondok Daun.


“Pada waktu itu banyak bangsa akan mengikatkan diri kepada TUHAN dan menjadi umat-Ku, lalu Aku akan bersemayam di tengah-tengah kamu.” Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta telah mengutus aku kepadamu.


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Para murid-Nya pergi menyampaikan perkhabaran Injil di serata dunia. Tuhan bekerja bersama mereka, mengesahkan firman dengan iringan tanda-tanda ajaib.


dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem.


Ada tersurat dalam tulisan para nabi: ‘Semua manusia akan diajar oleh Allah.’ Dengan demikian, seorang yang mendengar dan belajar daripada Bapa akan datang kepada-Ku.


Orang yang mahu melaksanakan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran ini datang daripada diri-Ku atau daripada Allah.


Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.”


Apabila Paulus dan Barnabas meninggalkan saumaah itu, mereka diminta untuk meneruskan penerangan tentang hal-hal tersebut pada hari Sabat berikutnya.


dalam bentuk tanda dan keajaiban besar, dengan kuasa Roh Allah. Dari Yerusalem dan sekitarnya sampai ke Ilirikum aku telah mengkhabarkan Injil Kristus dengan sepenuhnya.


Inilah perintah, iaitu segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu atas perintah TUHAN, Allahmu, untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan