Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:13 - Alkitab Versi Borneo

13 “Segeralah mengirik, wahai puteri Sion, kerana tandukmu akan Kujadikan besi dan kukumu akan Kujadikan tembaga. Engkau akan menumbuk hancur banyak suku bangsa. Engkau akan mengkhususkan jarahan mereka kepada TUHAN dan kekayaan mereka kepada Tuhan semesta bumi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:13
28 Iomraidhean Croise  

Bumi ini milik TUHAN dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya;


Kerana Bait Suci-Mu di Yerusalem raja-raja membawa persembahan untuk-Mu.


Raja-raja Tarsis dan kepulauan akan membawa persembahan; raja-raja Syeba dan Seba akan membawa persembahan.


Pada waktu itu persembahan akan dibawa kepada TUHAN alam semesta — daripada suku bangsa yang tinggi dan licin kulitnya, daripada suku bangsa yang ditakuti di mana-mana, iaitu bangsa amat teguh lagi penakluk, yang negerinya terbahagi oleh sungai-sungai — ke tempat bersemayam nama TUHAN alam semesta, iaitu Gunung Sion.


wahai bangsaku, yang dipijak-pijak bagai tangkai di tempat pembantingan, apa yang kudengar daripada TUHAN alam semesta, Allah Israel, telah kuberitahukan kepadamu.


Nanti, keuntungan perniagaannya dan upah sundalnya akan dikhususkan bagi TUHAN, tidak akan ditahan atau disimpan. Keuntungan perniagaannya akan menjadi bahagian kalangan yang tinggal di hadapan TUHAN supaya mereka mendapat makanan yang mengenyangkan dan pakaian yang indah.


Anak-anak panah mereka tajam dan semua busur mereka dilenturkan. Kuku-kuku kuda mereka tampak seperti batu api, dan roda-roda rata mereka seperti angin puting beliung.


Engkau adalah godam bagi-Ku, senjata perang, denganmu Aku menghancurkan bangsa-bangsa, denganmu Aku memusnahkan kerajaan-kerajaan,


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Puteri Babel seperti tempat pembantingan pada waktu orang mengirik. Tidak lama lagi akan datang musim menuai baginya.”


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Efraim anak lembu terlatih yang suka mengirik. Tetapi Aku telah membebani tengkuknya yang elok. Aku akan membuat Efraim ditunggangi. Yehuda harus membajak, bani Yakub harus menyisir tanah bagi dirinya sendiri.


Sisa Yakub akan ada di tengah-tengah banyak bangsa seperti embun daripada TUHAN, seperti hujan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tidak menanti-nantikan sesiapa pun dan tidak menunggu-nunggu anak-anak manusia.


Dalam murka Engkau melintasi bumi, dalam amarah Engkau menghenyak bangsa-bangsa itu.


Pada waktu itu Aku akan menjadikan Yerusalem batu bebanan bagi semua suku bangsa. Sesiapa sahaja yang memikulnya akan terluka parah, dan semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerangnya.


Pada hari itu Aku akan menjadikan para ketua kaum Yehuda seperti periuk api di tengah-tengah kayu bakar dan seperti obor berapi di tengah-tengah berkas gandum. Mereka akan menumpaskan habis semua suku bangsa di sekeliling mereka baik di kanan mahupun di kiri, tetapi penduduk Yerusalem akan tinggal lagi di tempatnya sendiri di Yerusalem.


Lalu katanya, “Ini adalah kedua-dua orang yang telah diurapi lalu dilantik, yang berdiri berdekatan dengan Tuhan semesta bumi.”


Malaikat itu pun menjawab aku, “Keempat-empat rata ini ialah empat roh dari langit yang keluar setelah menghadap TUHAN semesta bumi.


Pada hari pertama setiap minggu, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasingkan wang menurut kemampuan masing-masing dan menyimpannya. Janganlah setelah aku datang baru kamu mula mengumpulnya.


Semoga semua palang pintumu terbuat daripada besi dan tembaga dan kekuatanmu bertahan sepanjang usiamu.


Semua perak dan emas serta segala wadah daripada gangsa dan besi adalah suci bagi TUHAN. Hendaklah semua itu dimasukkan ke dalam perbendaharaan TUHAN.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan