Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Sekarang banyak bangsa yang berkumpul demi melawan engkau. Mereka berkata, “Biarlah dia dinajiskan. Biarlah mata kita puas memandangi Sion.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:11
15 Iomraidhean Croise  

Biarlah kesemua mereka yang membenci Sion dimalukan dan diundurkan.


Mereka telah berpakat dan bersatu hati; mereka telah membentuk komplot menentang-Mu —


Tetapi rupanya bukan demikian niatnya dan bukan demikian rancangan hatinya. Hatinya malah berniat memusnahkan dan melenyapkan banyak bangsa.


Wahai, ramainya umat banyak bangsa! Deru gemuruh mereka seperti deruan ombak laut. Wahai, riuhnya suku-suku bangsa! Mereka menderu seperti deruan air berombak besar.


Maka pasukan segala bangsa yang memerangi Ariel, semua orang yang memeranginya dan kubu pertahanannya, serta orang yang menyesakkan dia, akan menjadi seperti mimpi, seperti penglihatan pada malam hari.


Pada tahun kesembilan zaman pemerintahan Zedekia, pada hari kesepuluh bulan kesepuluh, datanglah Nebukadnezar, raja Babel, dengan seluruh pasukannya menyerang Yerusalem. Mereka berkhemah mengepung kota itu dan membina tembok pengepung di sekelilingnya.


Maka beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai Tirus. Aku akan membangkitkan banyak bangsa untuk melawan engkau seperti laut membangkitkan gelombang-gelombangnya.


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Bukankah engkau yang Kufirmankan pada zaman dahulu dengan perantaraan hamba-hamba-Ku, para nabi Israel? Pada masa itu, bertahun-tahun lamanya mereka bernubuat bahawa Aku akan membawa engkau untuk menyerang umat-Ku.’ ”


Maka usah kamu memandang rendah terhadap saudaramu ketika dia mengalami nasib malang, dan janganlah kamu bergembira atas kebinasaan bani Yehuda; dan janganlah kamu berbangga dan bercakap besar pada hari kesusahan mereka.


Musuhku akan melihatnya dan akan diselubungi malu, dia yang berkata kepadaku, “Di manakah TUHAN, Allahmu?” Mataku akan memandang dia. Pada waktu itu dia akan diinjak-injak seperti lumpur di jalan.


Pada waktu itu Aku akan menjadikan Yerusalem batu bebanan bagi semua suku bangsa. Sesiapa sahaja yang memikulnya akan terluka parah, dan semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerangnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan