Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Menggeliatlah dan mengejanlah, wahai puteri Sion, seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran, kerana sekarang engkau harus keluar dari kota dan berdiam di padang. Engkau harus pergi sampai ke Babel, di sanalah engkau akan diselamatkan, di sanalah engkau akan ditebus TUHAN daripada tangan para musuhmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:10
27 Iomraidhean Croise  

Selain itu, daripada kalangan anak yang akan dilahirkan bagimu, iaitu keturunanmu, beberapa orang akan diambil untuk menjadi para sida di istana raja Babel.”


Kemudian berlakulah rekahan pada tembok kota lalu larilah semua pejuang pada waktu malam melalui jalan pintu gerbang di antara kedua-dua tembok yang terletak dekat taman raja, sementara orang Kasdim mengepung kota itu. Mereka lari menuju Araba.


Oleh sebab itu TUHAN mendatangkan kepada mereka panglima-panglima tentera raja Asyur, yang menangkap Manasye dengan pelbagai cangkuk dan membelenggunya dengan rantai gangsa, dan membawanya ke Babel.


Kemudian raja itu membuang orang yang terselamat daripada pedang ke Babel. Mereka menghamba kepadanya dan kepada anak-anaknya sampai kerajaan Parsi berkuasa.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda. Sesiapa pun umat-Nya antara kamu, semoga TUHAN, Allahnya menyertainya, dan biarlah dia kembali.’ ”


Dia menyelamatkan mereka daripada tangan orang yang membenci mereka; dan melepaskan mereka daripada tangan musuh.


Beginilah firman TUHAN, Penebusmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, “Demi kamu Aku akan mengutus orang ke Babel dan membawa mereka semua sebagai pelarian, iaitu orang Kasdim di kapal-kapal yang dibanggakan mereka.


Akulah yang membangkitkan Kores dalam perbenaran dan Aku akan meluruskan segala jalannya. Dia akan membangunkan kota-Ku kembali dan melepaskan umat-Ku yang dibuang, tanpa bayaran dan tanpa rasuah,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Keluarlah dari Babel! Larilah daripada antara orang Kasdim! Uar-uarkanlah hal ini dengan suara sorak-sorai, khabarkannya! Siarkanlah sampai ke hujung bumi! Katakanlah, “TUHAN telah menebus hamba-Nya Yakub!”


“Ambillah ikat pinggang yang telah kaubeli, yang ada pada pinggangmu itu. Segeralah pergi ke Sungai Efrat, dan sembunyikanlah ikat pinggang itu di sana, di celah-celah bukit batu.”


“Aku akan melepaskan engkau daripada tangan orang jahat, Aku akan menebus engkau daripada genggaman orang kejam.”


Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN, wahai semua orang buangan yang telah Kusuruh pergi dari Yerusalem ke Babel!


Kudengar suara seperti suara perempuan bersalin, suara kesesakan perempuan yang melahirkan anak pertama. Itulah suara puteri Sion yang terengah-engah, yang menadahkan tangan sambil berkata, “Malangnya aku, kerana aku lesu di hadapan para pembunuh.”


Keriot direbut, kubu-kubu pertahanan diduduki. Pada waktu itu hati kesateria Moab akan seperti hati perempuan yang sedang sakit bersalin.


Lalu raja Babel menyuruh agar mereka dihukum mati di Ribla, di Tanah Hamat. Demikianlah orang Yehuda dibuang negeri dari tanah mereka.


Namun demikian, jumlah orang Israel kelak akan seperti pasir laut yang tidak dapat disukat atau dihitung. Nanti, di tempat dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ akan dikatakan kepada mereka, ‘Kamulah anak-anak Allah yang hidup.’


Rasa sakit wanita yang bersalin kelak menimpa dia, tetapi dia bukan anak yang bijak. Apabila waktunya tiba, dia tidak juga muncul daripada rahim!


“Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan hatinya.


“Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”


Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.


Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan