Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada hari-hari terakhir gunung tempat Bait TUHAN akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit, dan orang akan berduyun-duyun ke sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:1
53 Iomraidhean Croise  

Maka Yakub memanggil anak-anaknya dan berkata, “Berkumpullah kamu, aku akan memberitahu kepadamu apa yang akan terjadi kepada kamu pada kemudian hari.


Cokmar kuasa tidak akan berpindah daripada Yehuda, mahupun tongkat kerajaan daripada di antara kakinya, hingga datang dia yang berhak atasnya; kepadanyalah bangsa-bangsa akan tunduk.


Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa. Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi, Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.


Setiap pelosok dunia akan ingat dan berpaling kepada TUHAN, dan semua kaum bangsa akan menyembah-Mu,


Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.


Semua bangsa yang telah Kaujadikan akan datang menyembah-Mu, ya Tuhan; dan akan memuliakan nama-Mu.


Pada waktu itu sangkakala yang besar akan ditiup. Orang yang hampir binasa di Tanah Asyur dan orang yang terbuang di Tanah Mesir akan datang menyembah TUHAN di gunung yang suci di Yerusalem.


Aku akan berfirman kepada utara, ‘Berikanlah!’ dan kepada selatan, ‘Jangan tahan!’ Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi,


firman-Nya, “Terlalu ringan bagimu cuma untuk menjadi hamba-Ku, untuk membangkitkan suku-suku Yakub kembali, dan untuk mengembalikan orang Israel yang masih terpelihara. Aku akan membuat kamu menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa supaya kamu membawa penyelamatan daripada-Ku sampai ke hujung bumi.”


“Luaskanlah tempat khemahmu dan biarlah dibentangkan kain-kain khemah penghunianmu, jangan ditahan-tahan. Panjangkanlah tali-talimu dan kukuhkanlah pancang-pancangmu,


mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.”


Ya TUHAN, kekuatanku dan bentengku, tempat pelarianku pada hari kesesakan, kepada-Mu bangsa-bangsa akan datang dari hujung-hujung bumi dan berkata, “Sungguh, yang diwarisi nenek moyang kami hanyalah kebohongan, berhala yang sia-sia dan tidak berfaedah.


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


Pada waktu itu Yerusalem akan disebut Arasy TUHAN dan segala bangsa akan berkumpul di Yerusalem kerana nama TUHAN. Mereka tidak lagi akan mengikuti kedegilan hati mereka yang zalim.


Mereka akan datang bersorak-sorai di tempat tinggi Sion. Mereka akan berseri-seri kerana kebaikan TUHAN, kerana gandum, air anggur, dan minyak, kerana anak-anak domba dan lembu. Jiwa mereka akan seperti taman yang diairi, mereka tidak akan merana lagi.


Namun demikian, Aku akan memulihkan keadaan Moab pada kemudian hari,” demikianlah firman TUHAN. Sampai di sinilah penghukuman ke atas Moab.


Engkau akan maju menyerang umat-Ku Israel seperti awan yang menutupi bumi. Hal itu akan terjadi pada akhir zaman. Aku akan membawa engkau menyerang tanah-Ku, wahai Gog, supaya bangsa-bangsa mengenal Aku ketika Aku menyatakan kesucian-Ku melalui engkau di hadapan mata mereka.’


Dalam penglihatan bersifat ilahiah, Dia membawa aku ke Tanah Israel dan menempatkan aku di atas sebuah gunung yang amat tinggi. Di atas gunung itu tampak bentuk sebuah kota di sebelah selatan.


Inilah hukum mengenai Bait itu: seluruh daerah di sekeliling puncak gunung itu adalah teramat suci. Ya, inilah hukum mengenai Bait itu.”


Aku datang untuk menjelaskan kepadamu apa yang akan kelak terjadi kepada bangsamu, kerana penglihatan ini berkenaan hari-hari pada masa depan.”


Akan tetapi, di syurga ada Allah yang sanggup menyingkapkan rahsia. Dia telah memberitahukan kepada Raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang. Inilah mimpi tuanku dan penglihatan yang didapati tuanku sewaktu tuanku berbaring di peraduan.


Setelah itu, besi, tanah liat, gangsa, perak, dan emas itu pecah bersama-sama dan menjadi seperti sekam di tempat pembantingan pada musim kemarau. Angin menerbangkan kesemuanya sehingga tidak ditemukan lagi bekas apa-apa pun daripadanya. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Namun demikian, orang suci milik Yang Maha Tinggi akan mengambil alih kerajaan itu dan memegang kerajaan itu buat selama-lamanya, ya, sampai kekal selama-lamanya.’


sehingga datang Yang Abadi lantas memberikan keadilan kepada orang suci milik Yang Maha Tinggi. Maka tibalah waktunya bagi orang suci untuk memegang kerajaan itu.


Maka pemerintahan, kekuasaan, dan keagungan segala kerajaan di bawah seluruh kolong langit akan diserahkan kepada umat suci milik Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal. Segala penguasaan akan beribadat dan taat kepada-Nya.’


Setelah itu, orang Israel akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya.


Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.


Seluruh negeri itu akan berubah menjadi dataran, iaitu dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tegak di tempatnya, dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang terdahulu serta ke Pintu Gerbang Sudut; juga dari Menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.


“Pada waktu itu banyak bangsa akan mengikatkan diri kepada TUHAN dan menjadi umat-Ku, lalu Aku akan bersemayam di tengah-tengah kamu.” Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta telah mengutus aku kepadamu.


Beginilah firman TUHAN, ‘Aku akan kembali ke Sion dan bersemayam di tengah-tengah Yerusalem. Dan Yerusalem akan disebut Kota Setia, manakala gunung TUHAN alam semesta, akan disebut Gunung Suci.’


Sungguh, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa. Di setiap tempat dipersembahkan dupa bagi nama-Ku dan juga persembahan yang tahir, kerana nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


‘Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi.


Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.


Pertama, kamu harus tahu bahawa para pencemuh akan muncul pada akhir zaman. Sambil berbuat sesuka hati memuaskan nafsu,


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata.”


Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan