Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Dengarlah hal ini, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel, yang memandang keji keadilan dan yang membengkokkan segala yang lurus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Dengarlah kata-kataku, hai para penguasa Israel, kamu yang membenci keadilan dan yang mengubah kebenaran menjadi kesalahan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Dengarlah kata-kataku, hai para penguasa Israel, kamu yang membenci keadilan dan yang mengubah kebenaran menjadi kesalahan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:9
16 Iomraidhean Croise  

Maka aku berbantah dengan para bangsawan Yehuda dan berkata kepada mereka, “Hal mungkar apakah yang kamu lakukan ini? Kamu menajiskan hari Sabat!


Pergilah, kumpulkanlah kalangan tua-tua orang Israel, dan katakanlah kepada mereka, ‘TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Ishak, dan Yakub telah menampakkan diri kepadaku dan berfirman, “Aku sungguh-sungguh mengendahkan umat-Ku dan memperhatikan apa yang dilakukan terhadapmu di Mesir.


Membebaskan orang yang mungkar dan menyalahkan orang warak, kedua-duanya adalah kekejian bagi TUHAN.


Orang durjana menerima rasuah secara sembunyi-sembunyi untuk menyelewengkan jalan keadilan.


Tidaklah baik memihak kepada orang durjana dan mengetepikan hak orang benar dalam pengadilan.


Keganasan orang durjana menyeret mereka sendiri, kerana mereka enggan melakukan keadilan.


Para penguasamu ialah pemberontak dan sahabat para pencuri. Semuanya mencintai rasuah dan mengejar-ngejar ganjaran. Mereka tidak membela hak anak-anak yatim, dan perkara balu tidak sampai kepada mereka.


menjadi gemuk dan berseri-seri. Bahkan mereka sudah keterlaluan dalam hal kejahatan. Mereka tidak menghakimi perkara anak yatim secara adil untuk memenangkannya. Mereka tidak membela hak orang sesak.


Mereka harus mengajar umat-Ku membezakan antara yang suci dengan yang biasa, dan memberitahukan perbezaan antara yang najis dengan yang tidak najis.


“Dengarlah ini, wahai para imam! Berikanlah perhatian, wahai keturunan kaum Israel! Pasanglah telingamu, wahai keluarga raja, kerana hukuman itu ditujukan kepadamu! Kamu telah menjadi perangkap di Mizpa dan jaring yang terbentang di atas Gunung Tabor.


jika kamu menolak ketetapan-ketetapan-Ku dan jiwamu membenci peraturan-peraturan-Ku sehingga kamu tidak mahu mematuhi segala perintah-Ku serta mengingkari perjanjian-Ku,


Wahai kamu yang mengubah keadilan kepada suatu kepahitan dan mencampakkan yang benar ke tanah!


Firman TUHAN yang turun kepada Mikha, orang Moresyet, pada zaman Yotam, Ahas dan Hizkia, raja-raja Yehuda, yakni penglihatannya tentang Samaria dan Yerusalem.


Kataku: Dengarlah, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel! Bukankah kamu sepatutnya tahu apa itu keadilan?


‘Terlaknatlah orang yang memutarbalikkan keadilan kaum pendatang, anak yatim, dan balu.’ Lalu seluruh bangsa itu harus berkata, ‘Amin!’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan