Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Tetapi aku ini penuh dengan kuasa, dengan Roh TUHAN, dengan keadilan, dan dengan keperkasaan, untuk mengisytiharkan kepada Yakub segala pelanggarannya, dan kepada Israel segala dosanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:8
28 Iomraidhean Croise  

kerana aku penuh dengan perkataan; roh di dalam diriku mendesak aku.


“Berserulah kuat-kuat, jangan ditahan-tahan! Nyaringkanlah suaramu seperti sangkakala! Kemukakanlah pelanggaran-pelanggaran umat-Ku kepada mereka dan kepada keturunan kaum Yakub dosa-dosa mereka!


Roh Tuhan ALLAH ada padaku, kerana TUHAN telah mengurapi aku untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas. Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur, untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan dan kelepasan bagi para tahanan;


untuk mengisytiharkan tahun keredaan TUHAN dan hari pembalasan Allah kita; untuk menghiburkan semua yang berkabung;


Sesungguhnya, pada hari ini Aku menjadikan engkau kota yang berkubu, tiang besi, dan tembok gangsa di hadapan seluruh negeri ini — di hadapan raja-raja Yehuda, para pembesarnya, para imamnya, dan rakyat negeri ini.


Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup.


Oleh sebab itu aku penuh dengan murka TUHAN, aku kepayahan menahannya. “Curahkannya kepada kanak-kanak di jalan dan kepada kumpulan pemuda sekali gus. Baik suami mahupun isteri akan ditangkap, juga orang tua dan orang yang lanjut usia.


Sia-sia dan hampa belaka segala penglihatan yang didapati oleh para nabimu. Mereka tidak menyerlahkan kesalahanmu demi memulihkan keadaanmu, tetapi mereka menyatakan kepadamu pernyataan yang sia-sia dan menyesatkan.


“Wahai anak manusia, beritahulah Yerusalem kekejian-kekejiannya.


Mahukah engkau menghakimi mereka, wahai anak manusia, mahukah engkau menghakimi mereka? Beritahulah mereka tentang segala kekejian nenek moyang mereka


“Engkau, wahai anak manusia, mahukah engkau menghakimi? Mahukah engkau menghakimi kota penumpah darah itu? Beritahukanlah segala kekejiannya kepadanya.


TUHAN berfirman kepadaku, “Wahai anak manusia, mahukah engkau menghakimi Ohola dan Oholiba? Beritahulah mereka fasal segala kekejian mereka,


Roh itu pun mengangkat dan membawa aku. Aku pergi dengan perasaan pahit dan dengan hati yang membara, kuasa TUHAN meliputi aku dengan hebat.


Engkau, wahai anak manusia, beritahulah keturunan kaum Israel tentang Bait Suci ini supaya mereka berasa malu atas kesalahan-kesalahan mereka. Biarlah mereka memperhatikan rancangan mereka.


kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka.


Yakobus dan saudaranya Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberi-Nya nama Boanerges, yang bermakna Anak Petir);


Dan perkhabaran serta pengajaranku tidak disampaikan dengan kata-kata hikmah yang meyakinkan. Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkan kuasa Roh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan