Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Akan aiblah para pelihat dan para penilik akan mendapat cela; mereka semua akan menutup mulut mereka kerana tidak ada jawapan daripada Allah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:7
19 Iomraidhean Croise  

Kami tidak melihat tanda-tanda kami; tidak ada lagi nabi, dan tiada siapa antara kami yang tahu berapa lama.


Para ahli ilmu sihir tidak dapat berdiri lagi di hadapan Musa akibat bisul-bisul itu, kerana bisul itu juga menjangkiti para ahli ilmu sihir, seperti semua warga Mesir yang lain.


Akulah yang meniadakan tanda para penenung pembohong dan membuat para penenung jadi gila. Aku yang membuat orang bijak mundur ke belakang dan membuat pengetahuan mereka jadi kebodohan.


Mereka berkata, “Mari kita membuat rancangan untuk menentang Yeremia, kerana tidak akan hilang pengajaran Taurat daripada imam, begitu pula nasihat daripada orang bijak atau firman daripada nabi. Mari kita menyerang dia dengan kata-kata. Jangan dengarkan segala perkataannya.”


Mengeluhlah diam-diam. Jangan mengadakan ratapan kematian. Lilitkanlah ikat kepalamu dan kenakanlah kasut pada kakimu. Jangan tudung bahagian bawah mukamu dan jangan makan makanan perkabungan.”


Lalu kamu akan melakukan seperti yang kulakukan: bahagian bawah mukamu tidak akan kamu tudung dan makanan perkabungan tidak akan kamu makan.


Maka hendaklah orang yang ditimpa jangkitan penyakit itu memakai pakaian yang terkoyak-koyak dan membiarkan rambut kepalanya terurai. Hendaklah dia menutupi misai atau bahagian di atas bibirnya dan hendaklah dia berseru-seru, ‘Najis! Najis!’


“Sesungguhnya, akan datang waktunya,” demikianlah firman Tuhan Allah, “Aku akan menimpakan kebuluran atas negeri ini — bukan kelaparan dan kehausan kerana tiada makanan atau tiada air, melainkan untuk mendengar firman TUHAN.


Maka mereka akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab mereka. Dia akan menyembunyikan wajah-Nya daripada mereka pada waktu itu, kerana perbuatan mereka jahat.


Bangsa-bangsa akan melihatnya dan berasa malu atas segala keperkasaan mereka. Mereka akan menekapkan tangan ke mulut dan telinga mereka akan menjadi tuli.


Pada waktu itu, setiap nabi akan malu kerana penglihatannya ketika bernubuat. Mereka tidak lagi akan memakai jubah berbulu untuk menipu.


Saul pun menanyakan petunjuk Allah, “Dapatkah aku pergi mengejar orang Filistin? Akankah Kauserahkan mereka ke dalam tangan orang Israel?” Tetapi pada hari itu Dia tidak menjawabnya.


Berkatalah Samuel kepada Saul, “Mengapakah engkau mengganggu aku dengan menghadirkan aku?” Jawab Saul, “Aku sedang dalam keadaan tersepit lantaran orang Filistin memerangi aku, sedangkan Allah telah menjauhi aku dan tidak lagi menjawab aku, sama ada dengan perantaraan para nabi atau melalui mimpi. Oleh sebab itu aku memanggil engkau supaya engkau memberitahukan kepadaku apa yang harus kulakukan.”


Saul menanyakan petunjuk TUHAN, tetapi TUHAN tidak menjawab dia, melalui mimpi ataupun dengan penggunaan Urim, ataupun melalui para nabi.


(Dahulu di Israel, apabila seseorang pergi mencari petunjuk Allah, dia akan berkata, “Mari kita pergi kepada pelihat,” kerana yang sekarang disebut nabi, dahulu disebut pelihat.)


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan