Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:6 - Alkitab Versi Borneo

6 “Oleh sebab itu, akan ada malam bagimu, sehingga kamu tidak mendapat penglihatan. Akan ada kegelapan bagimu sehingga kamu tidak dapat menenung. Matahari akan terbenam bagi para nabi itu, hari akan menggelap bagi mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 “Hai nabi-nabi, akhir hidup kamu hampir tiba. Hari akan menjadi malam bagi kamu. Oleh sebab kamu menyesatkan umat-Ku, kamu tidak akan menerima wahyu atau penglihatan lagi. Kamu tidak dapat meramalkan apa-apa lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 “Hai nabi-nabi, akhir hidup kamu hampir tiba. Hari akan menjadi malam bagi kamu. Oleh sebab kamu menyesatkan umat-Ku, kamu tidak akan menerima wahyu atau penglihatan lagi. Kamu tidak dapat meramalkan apa-apa lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:6
14 Iomraidhean Croise  

Kami tidak melihat tanda-tanda kami; tidak ada lagi nabi, dan tiada siapa antara kami yang tahu berapa lama.


TUHAN mencurahimu roh yang membuat kamu tidur lelap. Dia menutup matamu, iaitu para nabi, dan menudungi kepalamu, iaitu para pelihat.


Seperti orang buta, kami meraba-raba tembok, meraba-raba seperti orang yang tidak punya mata. Pada tengah hari kami terhantuk seperti pada waktu senja, orang lain kuat-kuat, tetapi kami seperti orang mati.


Muliakanlah TUHAN, Allahmu, sebelum Dia mendatangkan kegelapan dan sebelum kakimu tersandung di atas pergunungan pada waktu senja. Kamu mengharapkan cahaya, tetapi Dia mengubahnya menjadi bayang-bayang maut. Dia menjadikannya kelam pekat.


Meranalah perempuan yang sudah tujuh kali bersalin, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mataharinya terbenam sedangkan hari masih siang, dia mendapat malu dan cela. Sisa mereka akan Kuserahkan kepada pedang di depan musuh-musuh mereka,” ’ ” demikianlah firman TUHAN.


Mereka berkata, “Mari kita membuat rancangan untuk menentang Yeremia, kerana tidak akan hilang pengajaran Taurat daripada imam, begitu pula nasihat daripada orang bijak atau firman daripada nabi. Mari kita menyerang dia dengan kata-kata. Jangan dengarkan segala perkataannya.”


Tangan-Ku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan penglihatan tipuan dan tenungan dusta. Mereka tidak akan masuk kumpulan umat-Ku, tidak akan tercatat dalam daftar keturunan kaum Israel, dan tidak akan masuk ke Tanah Israel. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH.


Bencana demi bencana datang. Khabar demi khabar tersiar. Orang akan mencari penglihatan daripada nabi, tetapi pengajaran Taurat hilang daripada imam, dan nasihat daripada tua-tua.


“Sesungguhnya, akan datang waktunya,” demikianlah firman Tuhan Allah, “Aku akan menimpakan kebuluran atas negeri ini — bukan kelaparan dan kehausan kerana tiada makanan atau tiada air, melainkan untuk mendengar firman TUHAN.


“Jangan berkhutbah,” demikianlah khutbah mereka. “Orang tidak patut berkhutbah fasal hal-hal itu. Semoga aib tidak akan menimpa kita.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan