Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku. Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka berseru, “Damai!” Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka siap berperang dengannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Umat-Ku telah ditipu oleh nabi-nabi yang menjanjikan keamanan kepada orang yang memberi mereka wang, tetapi mengancam dan memusuhi orang yang tidak memberikan apa-apa. TUHAN berfirman kepada nabi-nabi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Umat-Ku telah ditipu oleh nabi-nabi yang menjanjikan keamanan kepada orang yang memberi mereka wang, tetapi mengancam dan memusuhi orang yang tidak memberikan apa-apa. TUHAN berfirman kepada nabi-nabi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:5
25 Iomraidhean Croise  

Tidaklah baik bersikap berat sebelah; kerana sekadar untuk sepotong roti orang akan melakukan pelanggaran.


Umat-Ku ditindas oleh anak-anak, dan perempuan-perempuan berkuasa atas mereka. Wahai umat-Ku, para pemimpinmu yang membawa penyesatan, mereka mengelirukan arah tujuanmu.


Mereka bermaksud membuat umat-Ku melupakan nama-Ku melalui mimpi-mimpi yang diceritakan mereka satu sama lain, sebagaimana nenek moyang mereka melupakan nama-Ku demi Baal.


Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan mereka yang menyampaikan nubuat daripada mimpi-mimpi dusta,” demikianlah firman TUHAN, “yang menceritakannya dan menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan keangkuhan mereka. Aku tidak mengutus mereka dan tidak memberikan perintah kepada mereka. Mereka sama sekali tidak berfaedah bagi bangsa ini,” demikianlah firman TUHAN.


Mereka mengubati luka umat-Ku dengan menganggapnya ringan, kata mereka, ‘Sejahtera, sejahtera!’ Padahal tidak ada kesejahteraan.


“Siapkanlah untuk berperang melawan dia! Ayuh, mari kita maju pada tengah hari!” “Malangnya kita, kerana hari sudah menjelang petang, bayang-bayang petang sudah memanjang.”


Sia-sia dan hampa belaka segala penglihatan yang didapati oleh para nabimu. Mereka tidak menyerlahkan kesalahanmu demi memulihkan keadaanmu, tetapi mereka menyatakan kepadamu pernyataan yang sia-sia dan menyesatkan.


Tangan-Ku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan penglihatan tipuan dan tenungan dusta. Mereka tidak akan masuk kumpulan umat-Ku, tidak akan tercatat dalam daftar keturunan kaum Israel, dan tidak akan masuk ke Tanah Israel. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH.


Engkau tersandung pada siang hari dan nabi pun tersandung bersama-samamu pada malam hari. Aku akan membinasakan Israel, ibumu.


Maklumkanlah hal ini dalam kalangan bangsa: tahbiskan dirimu untuk berperang, kerahkanlah para kesateria. Biarlah semua pejuang tampil untuk mara!


Sekiranya ada orang yang menuruti kesia-siaan dan kebohongan sehingga dia berdusta: ‘Aku akan berkhutbah kepadamu tentang air anggur dan minuman keras,’ dialah yang akan menjadi pengkhutbah bagi bangsa ini!


Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”


Tetapi kamu telah menyimpang daripada jalan. Kamu telah menyebabkan tersandungnya ramai orang dalam hal hukum, dan kamu telah melenyapkan nilai perjanjian dengan Lewi itu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Jangan hiraukan orang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpin orang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya masuk ke dalam parit.”


“Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas.


Orang demikian bukanlah hamba Tuhan Kristus tetapi hamba kepada hawa nafsu mereka sendiri. Mereka memperdaya hati orang yang lurus dengan kata-kata yang manis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan