Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Wahai kamu yang membenci kebaikan dan mencintai kejahatan, yang merompak kulit daripada tubuh orang dan daging daripada tulang-tulang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:2
32 Iomraidhean Croise  

Maka kata Ahab kepada Elia, “Engkau sudah tahu tembelang aku, wahai musuhku.” Jawabnya, “Benar, aku telah mengetahui tembelang engkau, kerana engkau telah menjual dirimu dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.


Lalu Yehu anak Hanani, pelihat itu, pergi menghadap Raja Yosafat dan berkata kepadanya, “Patutkah tuanku menolong orang fasiq dan mengasihi orang yang membenci TUHAN? Kerana hal itu tuanku akan ditimpa murka TUHAN.


orang yang membenci mereka yang berkelakuan keji dan menghormati mereka yang takut akan TUHAN, orang yang tidak berganjak daripada sumpahnya meski memudaratkan dirinya,


Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu — mereka merampas hak umat-Ku dan tidak berseru kepada Allah?


Orang yang mengabaikan Hukum Taurat memuji orang durjana, tetapi orang yang berpegang teguh pada Hukum Taurat menentang mereka.


Apa maksudmu meremukkan umat-Ku dan menggilas muka orang miskin?” demikianlah firman Tuhan, ALLAH alam semesta.


Malangnya mereka yang menyebut kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan jadi cahaya dan cahaya menjadi kegelapan, yang mengubah pahit jadi manis dan manis jadi pahit.


Aku akan menyatakan perbenaranmu dan perbuatan-perbuatanmu, tetapi semua itu tidak akan berfaedah bagimu.


Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: “Orang yang kamu bunuh dan yang kamu terlantarkan di dalam kota, mereka itulah daging dan kota inilah kuali. Namun demikian, kamu akan digiring keluar dari kota ini.


Para pembesar di tengah-tengahnya seperti serigala yang mencabik-cabik mangsa. Mereka menumpahkan darah dan melenyapkan nyawa orang demi mengejar laba.


Masukkanlah potongan daging di dalamnya, semua potongan yang baik-baik, paha dan bahu. Penuhilah kuali itu dengan tulang pilihan.


Lemaknya kamu nikmati, bulunya kamu jadikan pakaian, dan yang gemuk kamu sembelih, tetapi domba itu sendiri tidak kamu beri makan.


“Dengarlah firman ini, wahai lembu-lembu betina Basan di Gunung Samaria, yang memeras fakir miskin dan menindas orang yang melarat, serta yang berkata kepada suami masing-masing, ‘Bawalah ke mari, supaya kita boleh berpesta!’ ”


Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf.


Kebelakangan ini umat-Ku bangkit seperti musuh. Kamu melucuti jubah daripada busana orang yang berlalu dengan aman, yang menolak peperangan.


Kalangan salih telah hilang dari bumi, tidak ada lagi yang tulus antara manusia. Mereka semua mengancam dan menantikan darah, setiap orang memburu saudaranya dengan jaring.


Kedua-dua belah tangan mereka terampil berbuat jahat, para pembesar meminta hadiah, para hakim menerima rasuah, dan orang besar berbicara jahat sesuka hati. Demikianlah mereka bermuafakat bersama-sama.


Di tengah-tengahnya para pembesarnya seperti singa yang mengaum-aum, para hakimnya seperti serigala malam yang tidak meninggalkan sebarang sisa untuk keesokan harinya.


Tetapi rakyat negeri itu membencinya dan menyuruh utusan-utusan untuk memberitahunya, ‘Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.’


Mereka semua berteriak lagi, “Jangan bebaskan orang itu. Bebaskan Barabas.” Barabas itu seorang perompak.


Dunia ini tiada sebab untuk membencimu. Tetapi dunia membenci-Ku, kerana Aku memberikan kesaksian tentangnya bahawa kerjanya durjana.


Mereka mengetahui hukum Allah yang adil, iaitu sesiapa yang melakukan perkara demikian wajar dihukum mati. Namun demikian, mereka bukan sahaja melakukannya malah juga menyokong orang lain yang mengamalkannya.


Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan.


tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan