Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:12
18 Iomraidhean Croise  

tanah yang subur menjadi tandus, kerana kezaliman mereka yang tinggal di situ.


Ya Allah, bangsa-bangsa telah merampas warisan pusaka-Mu; Bait Suci-Mu telah dicemari oleh mereka, mereka telah meruntuhkan Yerusalem.


Puri-puri akan ditinggalkan, keramaian kota akan berubah menjadi kesepian. Bukit dan menara tinjau akan menjadi sarang haiwan untuk selama-lamanya, menjadi tempat bersenang-senang keldai liar dan padang ragut bagi kawanan ternakan.


Wahai gunung-Ku yang di padang, Aku akan menyerahkan kekayaanmu dan segala perbendaharaanmu sebagai rampasan, begitu pula bukit-bukit pemujaanmu, kerana dosa di seluruh daerahmu.


Tetapi jika kamu tidak mendengar firman ini, maka Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri, demikianlah firman TUHAN, bahawa istana ini akan menjadi reruntuhan.’ ”


Beginilah firman TUHAN mengenai keluarga raja Yehuda, “Engkau seperti Gilead bagi-Ku, seperti puncak Lebanon, tetapi Aku pasti membuat engkau seperti gurun, seperti kota yang tidak dihuni.


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan segala malapetaka yang Kuancamkan kepada Yehuda dan kepada seluruh penduduk Yerusalem, kerana Aku telah berfirman kepada mereka tetapi mereka tidak mahu mendengar. Aku telah berseru kepada mereka tetapi mereka tidak mahu menjawab.’ ”


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel: Kamu telah melihat segala malapetaka yang Kudatangkan ke atas Yerusalem dan ke atas semua kota Yehuda. Lihatlah, kota-kota itu telah menjadi reruntuhan pada hari ini dan tidak ada yang tinggal di dalamnya


Dia membakar Bait TUHAN, istana raja, dan semua rumah di Yerusalem. Setiap rumah yang besar dibakarnya habis.


Aku akan menyaringkan tangisan dan lagu perkabungan untuk gunung-gunung, begitu pula ratapan untuk padang-padang rumput di gurun, kerana semuanya sudah tandus sehingga tidak ada orang yang melintasinya, dan suara ternak tidak terdengar lagi. Baik burung di udara mahupun binatang, semuanya telah pergi lari.


Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan puing, sarang kawanan serigala. Aku akan menjadikan kota-kota Yehuda sunyi sepi, tanpa penduduk.”


kerana kesepian Gunung Sion, hanya serigala berkeliaran di situ.


“Oleh sebab itu Aku akan menjadikan Samaria timbunan puing di padang, tempat untuk menanam kebun anggur. Aku akan menghamburkan batu-batunya ke lembah dan membuka dasar-dasarnya.


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seketul pun batunya akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan