Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:11
39 Iomraidhean Croise  

Orang durjana menerima rasuah secara sembunyi-sembunyi untuk menyelewengkan jalan keadilan.


Para penguasamu ialah pemberontak dan sahabat para pencuri. Semuanya mencintai rasuah dan mengejar-ngejar ganjaran. Mereka tidak membela hak anak-anak yatim, dan perkara balu tidak sampai kepada mereka.


kerana mereka menyebut diri penduduk kota suci dan bersandar kepada Allah Israel, yang bernama TUHAN alam semesta –


yang membenarkan orang fasiq kerana rasuah dan menjauhkan keadilan daripada orang benar.


Anjing-anjing itu bernafsu besar, tidak tahu kenyang. Mereka itu gembala yang tidak dapat mengerti. Semuanya menyimpang ke jalan sendiri, masing-masing mengejar laba, tanpa terkecuali.


Mereka selalu berkata kepada orang yang menista Aku, ‘TUHAN berfirman: Kamu akan hidup damai!’ Kepada semua orang yang menuruti kedegilan hatinya, mereka berkata, ‘Malapetaka tidak akan menimpa kamu.’


Para imam, para nabi, dan seluruh rakyat mendengar Yeremia menyampaikan firman itu di Bait TUHAN.


Mereka mengingkari TUHAN dan berkata, “Dia tidak akan berbuat apa-apa! Malapetaka tidak akan menimpa kita, pedang dan bencana kebuluran tidak akan kita lihat.


“Yang terkecil sampai yang terbesar, semuanya mengejar laba. Baik nabi mahupun imam, semuanya melakukan penipuan.


Jangan percaya kepada perkataan dusta yang berbunyi, ‘Inilah Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN.’


Oleh sebab itu Aku akan menyerahkan isteri mereka kepada orang lain, dan ladang-ladang mereka kepada orang yang akan merebutnya. Yang terkecil sampai kepada yang terbesar, semuanya mengejar laba. Baik nabi mahupun imam, semuanya melakukan penipuan.


Di tengah-tengahmu pula orang menerima suap untuk menumpahkan darah. Engkau mengambil wang bunga dan riba. Engkau mengambil untung daripada jiranmu dengan pemerasan, sedangkan Aku kaulupakan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Para pembesar di tengah-tengahnya seperti serigala yang mencabik-cabik mangsa. Mereka menumpahkan darah dan melenyapkan nyawa orang demi mengejar laba.


“Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang para gembala Israel. Bernubuatlah dan katakan kepada mereka, kepada para gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya para gembala Israel yang hanya mengurus diri sendiri! Bukankah gembala seharusnya mengurus dombanya?


Minuman keras mereka habis, mereka terus-menerus berzina. Para penguasanya sangat menyukai keaiban.


Mereka mendapat rezeki daripada berdosanya umat-Ku, lantas mereka mengharapkan umat-Ku terus dalam kemungkaran.


Carilah yang baik, jangan yang jahat, supaya kamu hidup. Dengan demikian TUHAN, Allah alam semesta, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan.


Semua orang berdosa daripada kalangan umat-Ku akan mati dengan pedang, iaitu kalangan yang berkata, ‘Malapetaka tidak akan mendatangi atau mencapai kita.’ ”


Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku. Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka berseru, “Damai!” Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka siap berperang dengannya.


Kedua-dua belah tangan mereka terampil berbuat jahat, para pembesar meminta hadiah, para hakim menerima rasuah, dan orang besar berbicara jahat sesuka hati. Demikianlah mereka bermuafakat bersama-sama.


Di tengah-tengahnya para pembesarnya seperti singa yang mengaum-aum, para hakimnya seperti serigala malam yang tidak meninggalkan sebarang sisa untuk keesokan harinya.


Para nabinya berbuat sewenang-wenang serta khianat, para imamnya mencemari apa yang suci, dan memperkosa hukum.


“Baiknya kalau ada seorang antara kamu yang mahu menutup pintu, supaya kamu tidak menyalakan api di atas mazbah-Ku dengan sewenang-wenangnya! Aku tidak suka kepada kamu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, “dan Aku tidak berkenan menerima persembahan daripada tanganmu.


“Maka Aku telah menjadikan kamu hina dan rendah di hadapan seluruh umat ini kerana kamu tidak memelihara jalan-jalan-Ku, tetapi bersikap berat sebelah dalam hal-hal hukum.”


Musa menjadi sangat marah lalu berkatalah dia kepada TUHAN, “Janganlah kiranya Engkau pedulikan persembahan mereka. Tidak pernah kuambil daripada mereka seekor keldai pun, dan tidak pernah kubuat jahat terhadap seorang pun daripada mereka.”


Kemudian, dengan membawa upah bagi penelahan mereka, berangkatlah tua-tua Moab dan Midian, lalu sampainya mereka di tempat Bileam maka mereka pun menyampaikan pesan Balak kepadanya.


Jangan sangka kamu dapat berkata sesama sendiri, ‘Abraham bapa moyang kita.’ Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Abraham!


Dia seharusnya bukan pemabuk, tidak melakukan kekerasan, lemah lembut, bukan kaki gaduh, dan tidak tamak akan wang.


Mulut mereka mesti ditutupkan kerana mereka telah memesongkan seisi keluarga orang dengan mengajar ajaran yang tidak patut — untuk mendapat keuntungan yang haram.


Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka — bukan secara terpaksa tetapi dengan rela; bukan untuk mendapat keuntungan yang tidak wajar, tetapi dengan sepenuh hati;


Malangnya mereka ini! Mereka telah menurut jejak langkah Kain. Seperti Bileam, mereka telah melibatkan diri dengan perbuatan yang sesat, semata-mata untuk mengejar wang. Mereka telah memberontak seperti Korah, maka mereka dimusnahkan.


Namun begitu, pekerti mereka bukan sahaja tidak seperti bapa mereka, malahan mereka tidak hidup mengikuti jejaknya. Mereka menyimpang demi mengejar laba dan mereka menerima rasuah serta memutarbalikkan keadilan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan