Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Kataku: Dengarlah, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel! Bukankah kamu sepatutnya tahu apa itu keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:1
21 Iomraidhean Croise  

Maka aku berbantah dengan para bangsawan Yehuda dan berkata kepada mereka, “Hal mungkar apakah yang kamu lakukan ini? Kamu menajiskan hari Sabat!


Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu — mereka merampas hak umat-Ku dan tidak berseru kepada TUHAN?


Dengarlah firman TUHAN, wahai para pemimpin Sodom! Perhatikanlah hukum Allah kita, wahai penduduk Gomora!


untuk menjauhkan fakir miskin daripada mendapat keadilan serta merampas hak orang yang tertindas antara umat-Ku, supaya mereka dapat menjarah balu dan merampas harta anak yatim.


Lihat, di dalammu pemimpin Israel menggunakan kekuasaan masing-masing untuk menumpahkan darah,


“Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang para gembala Israel. Bernubuatlah dan katakan kepada mereka, kepada para gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya para gembala Israel yang hanya mengurus diri sendiri! Bukankah gembala seharusnya mengurus dombanya?


Lemaknya kamu nikmati, bulunya kamu jadikan pakaian, dan yang gemuk kamu sembelih, tetapi domba itu sendiri tidak kamu beri makan.


Firman-Nya kepadaku, “Kesalahan keturunan kaum Israel dan Yehuda sedemikian besar. Negeri ini penuh dengan penumpahan darah dan kota ini penuh dengan penyimpangan. Mereka berkata, ‘TUHAN telah meninggalkan negeri ini. TUHAN tidak melihat.’


“Dengarlah ini, wahai para imam! Berikanlah perhatian, wahai keturunan kaum Israel! Pasanglah telingamu, wahai keluarga raja, kerana hukuman itu ditujukan kepadamu! Kamu telah menjadi perangkap di Mizpa dan jaring yang terbentang di atas Gunung Tabor.


“Dengarlah firman ini, wahai lembu-lembu betina Basan di Gunung Samaria, yang memeras fakir miskin dan menindas orang yang melarat, serta yang berkata kepada suami masing-masing, ‘Bawalah ke mari, supaya kita boleh berpesta!’ ”


Malangnya orang yang hidup bersenang-senang di Sion dan mereka yang berasa selamat di Gunung Samaria, iaitu orang terkemuka daripada bangsa yang terutama itu. Kepimpinan mereka ini amat diharapkan oleh keturunan kaum Israel.


Dia yang membuka jalan akan maju di depan mereka. Mereka akan menerobos melalui pintu gerbang, dan keluar dari situ. Raja mereka akan berjalan di depan mereka, yakni TUHAN yang mengepalai mereka.”


Alangkah memalukan! Tentu ada seorang daripada kamu yang cukup bijaksana untuk menyelesaikan pertikaian antara saudara seiman.


Hendaklah kamu melantik hakim dan petugas menurut suku-sukumu di kesemua kota yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Hendaklah mereka menghakimi bangsa itu dengan hukum yang adil.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan