Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Pada hari itu orang akan mengucapkan ibarat tentang kamu dan meratap dengan lagu perkabungan yang getir, demikian: ‘Kita telah habis rosak. Bahagian warisan bangsaku telah ditukar-Nya. Betapa Dia menyingkirkannya daripadaku! Dia membahagikan ladang-ladang kita kepada orang derhaka.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini: Kami sudah hancur sama sekali! TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini: Kami sudah hancur sama sekali! TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:4
35 Iomraidhean Croise  

Daud meratapi Saul dan Yonatan, anaknya, dengan lagu ratapan ini.


Yeremia mengarang sebuah syair ratapan tentang Yosia. Sampai hari ini semua penyanyi lelaki dan perempuan menyebut-nyebut Yosia dalam syair ratapan mereka. Hal itu menjadi adat di Israel. Sesungguhnya, semua itu tertulis dalam nyanyian ratapan.


Ayub melanjutkan huraiannya, katanya,


maka engkau akan mengucapkan ibarat ini mengenai raja Babel dan berkata, “Betapa si penindas berakhir! Keganasannya sudah berakhir!


Bumi akan binasa sepenuhnya dan disamun habis-habisan. Sesungguhnya, TUHAN telah menyampaikan firman ini.


Lalu aku bertanya, “Sampai berapa lama, ya Tuhan?” Jawab-Nya, “Sampai kota-kota runtuh, tidak berpenduduk lagi, sehingga di rumah-rumah tidak ada penghuni lagi dan tanah itu menjadi tandus serta sunyi sepi.


Jika aku keluar ke padang, tampaklah orang yang terbunuh oleh pedang. Jika aku memasuki kota, tampaklah orang yang menderita oleh bencana kebuluran. Baik nabi mahupun imam berkelana ke negeri yang tidak dikenali mereka.”


Lihat, dia naik seperti awan dan rata-ratanya seperti angin puting beliung. Kuda-kudanya lebih tangkas daripada burung rajawali. Malangnya kita, kerana kita dibinasakan!


Rumah mereka akan beralih kepada orang lain dengan ladang-ladang bersertakan para isteri mereka sekali gus, kerana Aku akan menghulurkan tangan-Ku melawan penduduk negeri ini,” demikianlah firman TUHAN.


Oleh sebab itu Aku akan menyerahkan isteri mereka kepada orang lain, dan ladang-ladang mereka kepada orang yang akan merebutnya. Yang terkecil sampai kepada yang terbesar, semuanya mengejar laba. Baik nabi mahupun imam, semuanya melakukan penipuan.


Aku akan menyaringkan tangisan dan lagu perkabungan untuk gunung-gunung, begitu pula ratapan untuk padang-padang rumput di gurun, kerana semuanya sudah tandus sehingga tidak ada orang yang melintasinya, dan suara ternak tidak terdengar lagi. Baik burung di udara mahupun binatang, semuanya telah pergi lari.


Aku akan mencerai-beraikan mereka di antara bangsa yang tidak dikenal oleh mereka atau oleh nenek moyang mereka. Aku akan menyuruh pedang mengejar mereka sehingga Aku menghapuskan mereka.”


Ketahuilah, setiap orang yang biasa menggunakan pepatah akan mengucapkan pepatah ini mengenai engkau: “Sebagaimana ibu, demikianlah anak perempuannya.”


Lalu Dia membentangkan gulungan yang ditulis sebelah-menyebelah itu di hadapanku. Di dalamnya tertulis nyanyian-nyanyian ratapan, keluhan, dan rintihan.


Pakailah kain perkabungan dan merataplah, wahai para imam, meraung-raunglah, wahai para petugas mazbah. Masuk dan bermalamlah dengan memakai kain perkabungan, wahai para petugas Allahku, kerana persembahan bahan makanan dan persembahan minuman telah ditahan daripada Bait Allahmu.


Merataplah seperti anak dara yang memakai kain perkabungan kerana tunangan pada masa mudanya.


Dengarlah perkataan dalam rintihanku ini tentang kamu, wahai keturunan kaum Israel,


Di segala kebun anggur akan ada ratapan, kerana Aku akan melintas di tengah-tengah kamu,” demikianlah firman TUHAN.


Aku masih akan mendatangkan penakluk bagimu, wahai penduduk Maresa! Kemuliaan Israel akan juga sampai ke Adulam.


Itulah sebabnya aku akan meratap dan meraung-raung, aku akan berjalan tanpa kasut dan bertelanjang. Aku akan memperdengarkan ratapan seperti serigala dan perkabungan seperti burung unta,


Segeralah pergi, kerana ini bukan lagi tempat untuk berehat. Kerana kenajisan, kamu akan dibinasakan dengan kebinasaan yang amat sangat.


Bukankah kesemua itu akan mengejeknya dengan ibarat dan teka-teki cemuhan terhadapnya yang berbunyi, ‘Malangnya orang yang memperkaya diri dengan apa-apa yang bukan miliknya dan yang membebankan diri dengan barang gadaian! Berapa lama lagikah sedemikian?’


“Aku akan melenyapkan sama sekali segala sesuatu daripada muka bumi,” demikianlah firman TUHAN.


Bileam pun berwacana, katanya, “Marilah, hai Balak, dengarlah. Perhatikanlah aku, hai anak Zipor.


Kemudian Bileam mengungkap ucapannya: “Dari Aram, dari gunung-gunung wilayah timur, aku dijemput oleh Balak, raja Moab. Katanya, ‘Datanglah, kutuklah Yakub bagiku. Datanglah, kecamlah Israel.’


Lalu berwacanalah dia, katanya, “Pernyataan Bileam anak Beor, pernyataan orang yang matanya kini terbuka.


lalu dia mengucap ungkapannya: “Pernyataan Bileam anak Beor, pernyataan orang yang matanya kini terbuka.


Mereka cuba menangkap Yesus kerana mereka tahu ibarat itu ditujukan terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu, mereka meninggalkan-Nya dan pergi dari situ.


Kamu akan meraba-raba pada tengah hari, seperti orang buta yang meraba-raba dalam kegelapan. Perjalananmu tidak akan berhasil. Sebaliknya, kamu akan selalu diperas dan dirampas orang tanpa ada yang menolong.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan