Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Maka beginilah firman TUHAN, “Sesungguhnya, terhadap kaum ini Aku merancang malapetaka. Kamu tidak akan dapat menjauhkan leher daripadanya. Kamu tidak akan dapat berjalan dengan sombong, kerana waktu itu waktu jahat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku bercadang mendatangkan bencana kepada kamu. Kamu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. Kamu akan ditimpa kesusahan, maka kamu tidak akan dapat bersikap angkuh lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku bercadang mendatangkan bencana kepada kamu. Kamu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. Kamu akan ditimpa kesusahan, maka kamu tidak akan dapat bersikap angkuh lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:3
29 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, orang kejam akan ditiadakan, pencemuh akan dihancurkan, dan semua orang yang berniat jahat akan dilenyapkan.


TUHAN berfirman, “Atas sebab puteri-puteri Sion sombong, berjalan dengan leher dijenjangkan sambil bermain mata, berjalan dengan langkah dibuat-buat sambil membunyikan kerincing kaki mereka,


yang berkata, “Biarlah Allah bersegera dan menyegerakan tindakan-Nya supaya kita dapat melihatnya! Biarlah rancangan Yang Maha Suci, Allah Israel, semakin dekat dan terlaksana supaya kita dapat mengetahuinya!”


Sekarang, katakanlah kepada orang Yehuda dan kepada penduduk Yerusalem demikian, ‘Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku menetapkan malapetaka ke atasmu dan membuat rancangan untuk menentang kamu. Biarlah setiap orang bertaubat daripada perilakunya yang jahat. Perbaiklah perilakumu dan perbuatanmu.’


Kepada Zedekia, raja Yehuda, kusampaikan pula segala firman itu. Kataku, “Relakanlah tengkukmu dikenakan kuk raja Babel. Takluklah kepadanya dan kepada bangsanya supaya kamu hidup.


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN: Kamu tidak mahu mentaati Aku untuk mengisytiharkan kebebasan bagi saudaramu dan kawanmu. Maka ketahuilah, Aku mengisytiharkan ‘kebebasan’ bagimu, demikianlah firman TUHAN — ‘kebebasan’ untuk ditimpa pedang, wabak penyakit, dan bencana kebuluran. Aku akan membuat kamu menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi.


Setiap kali Yehudi membaca tiga empat lajur, raja mencabik-cabiknya dengan pisau raut dan mencampakkannya ke dalam api di perdiangan itu, sampai seluruh gulungan itu habis dimakan api di perdiangan itu.


berkatalah Azarya anak Hosaya, Yohanan anak Kareah, dan semua orang yang angkuh terhadap Yeremia, “Engkau berkata bohong! TUHAN, Allah kita, tidak menyuruh engkau berkata, ‘Jangan pergi ke Mesir untuk tinggal sebagai pendatang di sana,’


Semua saki-baki orang yang masih tinggal daripada kaum yang jahat ini, iaitu orang yang masih tinggal di segala tempat ke mana Aku menghalau mereka, akan lebih suka mati daripada hidup,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Terikatlah pelanggaranku menjadi kuk, yang dijalin dengan tangan-Nya, lalu dikenakan pada tengkukku sehingga gugurlah kekuatanku. Tuhan menyerahkan aku ke dalam tangan orang yang tidak dapat kulawan.


TUHAN telah melakukan apa yang dirancangkan-Nya. Dia melaksanakan firman yang ditetapkan-Nya sejak zaman dahulu. Tanpa belas kasihan Dia menjatuhkan kamu, Dia membuat musuh bergembira atasmu, dan mengangkat tinggi tanduk seteru-seterumu.


Kalangan yang mengejar kami sudah begitu dekat; kami penat, kami tidak mendapat istirahat.


Sekarang aku, Nebukadnezar, memuji, meninggikan, dan membesarkan Raja Syurga atas sebab segala perbuatan-Nya benar belaka dan jalan-jalan-Nya adil. Dia sanggup merendahkan orang yang hidup dalam keangkuhan.”


Orang yang pantas pun tidak akan dapat lari, orang yang kuat pun tidak akan dapat mengerahkan tenaganya, dan sang pahlawan pun tidak akan dapat menyelamatkan diri.


Dengarlah firman ini yang disampaikan TUHAN menentang kamu, hai orang Israel, menentang seluruh kaum yang telah Kutuntun keluar dari Tanah Mesir, bunyinya,


“Hanyalah kamu yang Kupilih daripada semua kaum di bumi. Oleh sebab itu Aku akan menghukum kamu atas sebab segala kesalahanmu.


Oleh sebab itu orang yang bijak akan berdiam diri pada waktu itu, kerana waktu itu waktu jahat.


Malangnya orang yang merancang kedurjanaan dan yang membuat rancangan jahat di atas tempat tidur mereka! Pada waktu fajar menyingsing mereka melaksanakannya, kerana hal itu ada dalam kekuasaan mereka.


Mereka telah bergadai nyawa untukku. Bukan aku sahaja yang terhutang budi kepada mereka, malah seluruh jemaah daripada bangsa-bangsa lain.


dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.


maka kamu akan menjadi hamba musuh-musuhmu, yang dikerahkan TUHAN untuk melawan kamu, dalam keadaan lapar, haus, telanjang, serta kekurangan segala sesuatu. Mereka akan memasang kuk besi pada tengkuk kamu hingga mereka memunahkan kamu.


Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan