Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Mereka menginginkan ladang, lalu merampasnya, mahukan rumah, lalu mengambilnya. Maka dilakukan mereka terhadap orang serta kaum keluarganya, menindas orang untuk mengambil harta pusakanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:2
28 Iomraidhean Croise  

Tidak beberapa lama kemudian setelah peristiwa itu, terjadilah hal yang berikut. Nabot, orang Yizreel, mempunyai kebun anggur yang terletak di Yizreel, di sisi istana Ahab, raja Samaria.


‘Sesungguhnya, kelmarin Kulihat darah Nabot dan darah anak-anaknya, demikianlah firman TUHAN. Aku akan membalas engkau di ladang ini, demikianlah firman TUHAN.’ Jadi, angkat dan campakkanlah dia ke ladang itu, selaras dengan firman TUHAN.”


Jika tanahku menjerit menentang aku dan alur-alur bajaknya menangis bersama-sama;


Jangan mendambakan rumah jiranmu. Jangan ingini isteri jiranmu, hambanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu.”


TUHAN datang untuk berperkara dengan para tua-tua dan para penguasa umat-Nya, “Kamulah yang memusnahkan kebun anggur itu! Rampasan daripada orang miskin ada di rumahmu.


Malangnya orang yang merampas rumah demi rumah dan meraup ladang demi ladang, sehingga tidak ada lagi tempat tersisa dan hanya kamu yang tinggal di tengah-tengah negeri itu.


“Tetapi matamu dan hatimu hanya tertuju kepada pengejaran laba, kepada penumpahan darah orang yang tidak bersalah, kepada pemerasan dan kepada penindasan.”


Dia menindas orang miskin dan orang melarat, merampas harta orang dan tidak mengembalikan gadaian. Dia memuja berhala-berhala dan melakukan kekejian,


Di tengah-tengahmu pula orang menerima suap untuk menumpahkan darah. Engkau mengambil wang bunga dan riba. Engkau mengambil untung daripada jiranmu dengan pemerasan, sedangkan Aku kaulupakan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Ketahuilah, Aku murka kerana laba haram yang kauperoleh dan kerana darah yang tumpah di tengah-tengahmu.


Kamu menaruh harapan kepada pedangmu, melakukan kekejian, dan masing-masing menodai isteri jirannya — masakan kamu dapat memiliki negeri ini?’


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Cukuplah itu, wahai raja-raja Israel! Jauhkanlah kekerasan dan penjarahan. Tegakkanlah keadilan dan kebenaran. Hentikanlah perampasan terhadap milik umat-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Raja tidak boleh mengambil sesuatu daripada harta pusaka rakyat sehingga mereka terusir daripada milik mereka. Dia hanya boleh mewariskan pusaka kepada anak-anaknya daripada milik sendiri, supaya umat-Ku tidak tercerai-berai daripada harta benda milik masing-masing.’


Firman-Nya kepadaku, “Kaulihatkah itu, wahai anak manusia? Adakah hal yang ringan bagi keturunan kaum Yehuda melakukan kekejian-kekejian yang dibuat mereka di sini, sehingga masih pula mereka memenuhi negeri ini dengan kekerasan dan kembali membangkitkan murka-Ku? Lihat, mereka menaruh cabang itu pada hidung mereka!


Mereka menginjak-injak kepala fakir miskin ke dalam debu tanah dan menyesatkan jalan orang lemah. Anak dan ayah meniduri perempuan muda yang sama, sehingga mencemari nama-Ku yang maha suci.


“Dengarlah firman ini, wahai lembu-lembu betina Basan di Gunung Samaria, yang memeras fakir miskin dan menindas orang yang melarat, serta yang berkata kepada suami masing-masing, ‘Bawalah ke mari, supaya kita boleh berpesta!’ ”


Dengarlah ini, wahai kamu yang menginjak-injak golongan yang melarat, dan yang melenyapkan fakir miskin di negeri ini,


Dengarlah hal ini, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel, yang memandang keji keadilan dan yang membengkokkan segala yang lurus.


Orang kayanya penuh dengan kekerasan. Penduduknya berkata bohong dan lidah penipu ada di dalam mulut mereka.


“Akan Aku hampiri untuk menghakimi kamu. Dengan pantas Aku akan bersaksi terhadap para ahli sihir, dan terhadap para penzina, terhadap orang yang bersumpah dusta, terhadap orang yang menindas pekerja upahan, balu, dan anak yatim, serta terhadap orang yang menafikan hak para pendatang, tanpa sebarang rasa takut kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


“Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menutupi kerajaan syurga di muka orang. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk masuk.


Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan