Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:12
28 Iomraidhean Croise  

Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya.


Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya.


Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.


Pada waktu itu TUHAN akan membanting mulai aliran Sungai Efrat sampai ke Wadi Mesir. Kamu akan dikumpulkan satu demi satu, wahai orang Israel.


Pedang TUHAN sudah berlumuran darah, menebal oleh lemak, oleh darah anak-anak domba dan kambing-kambing jantan, oleh lemak buah pinggang domba-domba jantan, kerana TUHAN mengadakan upacara korban di Bozra dan penyembelihan besar-besaran di Tanah Edom.


Lalu domba akan meragut rumput di situ seperti di padangnya sendiri, dan pendatang akan makan di reruntuhan gedung orang kaya.


“Aku sendiri akan mengumpulkan sisa-sisa domba-Ku dari segala negeri tempat mereka Kuhalau, dan Aku akan mengembalikan mereka ke padang ragut mereka. Mereka akan beranak cucu dan bertambah banyak.


Pada masa itu keturunan kaum Yehuda akan berjalan bersama keturunan kaum Israel, dan mereka akan datang bersama-sama dari negeri utara ke negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyangmu sebagai harta pusaka.


Kerana beginilah firman Tuhan ALLAH: Sesungguhnya, Aku sendiri akan memperhatikan domba-Ku dan mencari mereka.


Aku akan membawa mereka daripada kalangan bangsa dan mengumpulkan mereka dari berbagai-bagai negeri lalu membawa mereka ke tanah mereka. Aku akan menggembala mereka di atas gunung-gunung Israel, di alur-alur sungainya, dan di semua tempat yang dihuni orang di negeri itu.


maka Aku akan menyelamatkan kambing domba-Ku sehingga mereka tidak lagi menjadi mangsa. Aku akan menjadi hakim antara domba dengan domba.


Kamu sebagai manusia ialah domba-Ku, domba gembalaan-Ku, dan Aku ialah Allahmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Aku pun akan membolehkan keturunan kaum Israel memohon hal yang akan Kulakukan ini bagi mereka, iaitu menambah jumlah mereka hingga seperti kawanan domba.


dan katakan kepada mereka: ‘Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Ketahuilah, Aku akan mengambil orang Israel daripada kalangan bangsa yang didatangi mereka. Aku akan mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan membawa mereka ke tanah mereka.


Bani Yehuda dan orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat seorang pemimpin atas mereka. Mereka akan keluar dari negeri ini, kerana hebatlah kelak hari Yizreel itu.


maka Aku akan melepaskan api ke Teman, yang akan merentungkan segala puri Bozra.”


Dia yang membuka jalan akan maju di depan mereka. Mereka akan menerobos melalui pintu gerbang, dan keluar dari situ. Raja mereka akan berjalan di depan mereka, yakni TUHAN yang mengepalai mereka.”


Mengenai engkau, wahai Menara Kawanan Ternak, bukit puteri Sion, kepadamu akan tiba dan akan datang pemerintahan yang dahulu, yakni kerajaan bagi puteri Yerusalem.”


Sisa Yakub akan ada di tengah-tengah banyak bangsa seperti embun daripada TUHAN, seperti hujan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tidak menanti-nantikan sesiapa pun dan tidak menunggu-nunggu anak-anak manusia.


Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa, di tengah-tengah banyak suku bangsa, seperti singa antara mergastua hutan, seperti seekor singa muda antara kawanan domba. Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.


Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu, domba-domba harta pusaka-Mu, yang terpencil mendiami rimba di tengah-tengah Karmel. Biarlah mereka merumput di Basan dan di Gilead, seperti pada zaman dahulu.


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Pada waktu itu Aku akan membawa kamu pulang, iaitu pada waktu Aku mengumpulkan kamu. Aku akan menjadikan kamu termasyhur dan terpuji di antara segala bangsa di bumi pada waktu Aku memulihkan keadaanmu di hadapan matamu sendiri,” demikianlah firman TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan