Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Sekiranya ada orang yang menuruti kesia-siaan dan kebohongan sehingga dia berdusta: ‘Aku akan berkhutbah kepadamu tentang air anggur dan minuman keras,’ dialah yang akan menjadi pengkhutbah bagi bangsa ini!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:11
35 Iomraidhean Croise  

Lalu kata orang itu kepadanya, “Aku pun seorang nabi, sama seperti engkau. Ada malaikat yang bersabda kepadaku atas perintah TUHAN demikian, ‘Bawalah dia pulang bersamamu ke rumahmu, supaya dia makan roti dan minum air.’ ” Tetapi dia berbohong kepadanya.


Maka Raja Israel mengumpulkan nabi seramai kira-kira empat ratus orang lalu bertanya kepada mereka, “Bolehkah aku pergi berperang melawan Ramot-Gilead, atau haruskah aku membatalkannya?” Jawab mereka, “Pergilah, kerana Tuhan akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.”


Jika aku telah berjalan bersama dengan dusta, dan kakiku bergegas menuju tipu daya,


Seperti awan dan angin yang tidak ada hujan, demikianlah orang yang bercakap besar fasal hadiah yang tidak pernah diberikannya.


Mereka ini pun terhuyung-hayang kerana air anggur dan tersandung kerana minuman keras: baik imam mahupun nabi terhuyung-hayang kerana minuman keras. Mereka kacau oleh air anggur, mereka terhuyung-huyung oleh minuman keras. Mereka terhuyung-hayang apabila menerima penglihatan, goyah pergerakan mereka ketika memberikan keputusan.


Para tua-tua dan yang terhormat, itulah kepala, sedangkan para nabi yang mengajarkan dusta, itulah ekor.


Firman TUHAN kepadaku, “Para nabi itu menyampaikan nubuat dusta atas nama-Ku! Aku tidak mengutus mereka, tidak memerintahkan mereka, dan tidak berfirman kepada mereka. Nubuat yang diberikan mereka kepadamu adalah daripada penglihatan bohong, tenungan kosong, dan tipu daya hati mereka sendiri.


Antara nabi Yerusalem Aku melihat hal yang mengerikan: mereka berzina dan hidup dalam kebohongan, mereka menyokong orang yang berbuat jahat, sehingga tiada seorang pun bertaubat daripada kejahatannya. Mereka semua seperti Sodom bagi-Ku, dan penduduknya seperti Gomora.”


Mereka selalu berkata kepada orang yang menista Aku, ‘TUHAN berfirman: Kamu akan hidup damai!’ Kepada semua orang yang menuruti kedegilan hatinya, mereka berkata, ‘Malapetaka tidak akan menimpa kamu.’


“Aku telah mendengar perkataan para nabi yang menyampaikan nubuat dusta atas nama-Ku dengan mengatakan, ‘Aku bermimpi! Aku bermimpi!’


Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan mereka yang menyampaikan nubuat daripada mimpi-mimpi dusta,” demikianlah firman TUHAN, “yang menceritakannya dan menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan keangkuhan mereka. Aku tidak mengutus mereka dan tidak memberikan perintah kepada mereka. Mereka sama sekali tidak berfaedah bagi bangsa ini,” demikianlah firman TUHAN.


Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta.


Para nabi menyampaikan nubuat dusta, para imam memerintah sekehendak hati mereka, dan umat-Ku menyukai keadaan demikian. Tetapi apa yang akan kamu lakukan ketika kesudahannya tiba?”


Sia-sia dan hampa belaka segala penglihatan yang didapati oleh para nabimu. Mereka tidak menyerlahkan kesalahanmu demi memulihkan keadaanmu, tetapi mereka menyatakan kepadamu pernyataan yang sia-sia dan menyesatkan.


Kerana kamu melemahkan hati orang benar dengan dusta padahal Aku tidak mendukakan dia, dan kamu menguatkan semangat orang fasiq sehingga dia tidak berbalik daripada jalan hidupnya yang jahat untuk menyelamatkan dirinya,


Mereka tidak berseru kepada-Ku dari dalam hati, melainkan meraung-raung di atas tempat tidur mereka. Mereka berkumpul untuk memohonkan gandum dan air anggur, tetapi mereka menjauh daripada Aku.


Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”


Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku. Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka berseru, “Damai!” Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka siap berperang dengannya.


Orang demikian bukanlah hamba Tuhan Kristus tetapi hamba kepada hawa nafsu mereka sendiri. Mereka memperdaya hati orang yang lurus dengan kata-kata yang manis.


Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia.


Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan