Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Itulah sebabnya aku akan meratap dan meraung-raung, aku akan berjalan tanpa kasut dan bertelanjang. Aku akan memperdengarkan ratapan seperti serigala dan perkabungan seperti burung unta,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kemudian Mikha berkata, “Oleh itu aku akan berkabung dan meratap. Untuk menunjukkan kesedihanku, aku akan berjalan tanpa pakaian dan tanpa kasut. Aku akan melolong seperti serigala dan meraung seperti burung unta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kemudian Mikha berkata, “Oleh itu aku akan berkabung dan meratap. Untuk menunjukkan kesedihanku, aku akan berjalan tanpa pakaian dan tanpa kasut. Aku akan melolong seperti serigala dan meraung seperti burung unta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:8
19 Iomraidhean Croise  

Pada tahun keempat belas pada zaman Raja Hizkia, majulah Sanherib, raja Asyur, menyerang semua kota berkubu di Yehuda, lalu menawannya.


Apabila Mordekhai mengetahui segala yang berlaku itu, dia mengoyakkan pakaiannya lalu memakai pakaian perkabungan dan abu. Keluarlah dia ke tengah-tengah kota sambil berteriak-teriak dengan nyaring dan pedih.


Aku menjadi saudara bagi serigala dan kawan bagi burung unta.


Aku seperti burung hantu di gurun, seperti burung hantu di runtuhan.


Sebaliknya, haiwan gurun akan berbaring di sana dan rumah mereka akan penuh dengan serigala. Burung-burung unta akan diam di sana dan kambing-kambing liar akan melompat-lompat di situ.


Anjing hutan akan meraung di kota-kota yang terbengkalai dan serigala di istana-istana yang mewah. Waktunya hampir tiba dan umurnya tidak akan dilanjutkan.


Oleh sebab itu aku hendak turut menangis dengan Yaezer kerana pokok anggur Sibma. Aku akan membasahi kamu dengan air mataku, wahai Hesbon dan Eleale, kerana pekik perang telah diperdengarkan atas hasil buah-buahan musim panasmu dan atas hasil tuaianmu.


Itulah sebabnya pinggangku dipenuhi rasa nyeri. Rasa sakit mencekam aku seperti rasa sakit perempuan yang akan bersalin. Aku terbongkok-bongkok sehingga tidak mendengar, aku gementar sehingga tidak melihat.


Oleh sebab itu aku berkata, “Berpalinglah daripada melihatku, aku hendak menangis dalam kegetiran. Jangan berusaha untuk menghiburkan aku dalam hal kebinasaan puteri bangsaku.”


Gementarlah, wahai kaum wanita yang hidup aman! Menggigillah, wahai kaum wanita yang hidup aman! Tanggalkanlah dan lucutilah pakaianmu, kenakanlah kain kabung pada pinggangmu.


Perutku, perutku! Aku kesakitan! Dinding jantungku! Jantungku berdebar-debar, aku tidak dapat berdiam diri, kerana aku mendengar bunyi sangkakala dan semboyan peperangan.


Kalaulah kepalaku mata air dan mataku pancuran air mata, maka siang malam aku akan menangisi orang yang terbunuh daripada kalangan puteri bangsaku.


Aku akan menyaringkan tangisan dan lagu perkabungan untuk gunung-gunung, begitu pula ratapan untuk padang-padang rumput di gurun, kerana semuanya sudah tandus sehingga tidak ada orang yang melintasinya, dan suara ternak tidak terdengar lagi. Baik burung di udara mahupun binatang, semuanya telah pergi lari.


Bunyi ratapan perkabungan terdengar dari Sion: ‘Betapa rosaknya kami! Kami sangat malu! Kami harus meninggalkan negeri kami, kerana tempat kediaman kami dirobohkan orang.’ ”


“Wahai anak manusia, ratapilah rakyat Mesir. Serahkanlah mereka dan juga puteri bangsa-bangsa yang hebat itu ke bahagian bumi yang terbawah bersama-sama golongan orang yang turun ke liang kubur.


Pada hari itu orang akan mengucapkan ibarat tentang kamu dan meratap dengan lagu perkabungan yang getir, demikian: ‘Kita telah habis rosak. Bahagian warisan bangsaku telah ditukar-Nya. Betapa Dia menyingkirkannya daripadaku! Dia membahagikan ladang-ladang kita kepada orang derhaka.’ ”


Setelah itu, dia menanggalkan pakaiannya lalu dia bernubuat di hadapan Samuel. Sepanjang siang dan sepanjang malam dia berbaring dengan telanjang. Sebab itulah orang berkata, “Adakah Saul juga tergolong dalam kalangan nabi?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan