Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Segala patung ukirannya akan dihancurkan, segala upah sundalnya akan dibakar habis, dan segala berhalanya akan Kujadikan rosak. Kerana semuanya itu dikumpulkannya daripada upah pelacur, maka semuanya itu akan kembali menjadi upah pelacur.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:7
22 Iomraidhean Croise  

Setelah selesainya semua itu, seluruh orang Israel yang hadir pergi ke kota-kota Yehuda. Mereka menghancurkan tiang-tiang berhala dan menebang patung-patung Asyera. Mereka merobohkan bukit-bukit pemujaan dan mazbah-mazbah di seluruh Tanah Yehuda, Benyamin, Efraim, dan Manasye, sampai semuanya habis. Setelah itu, seluruh orang Israel pulang ke tanah milik masing-masing dan ke kota mereka.


sedangkan berhala-berhala akan hilang sama sekali.


Setelah tujuh puluh tahun berlalu, TUHAN akan melawat Tirus. Namun demikian, Tirus akan kembali mencari upah sundal dan berzina dengan semua kerajaan dunia yang ada di muka bumi.


Demikianlah melalui hal ini kesalahan Yakub akan dihapuskan, dan inilah hasil sepenuhnya kalau dia menyingkirkan dosa-dosanya: apabila dia membuat semua batu mazbah jadi seperti batu-batu kapur yang dipecah-pecahkan, maka patung-patung Asyera dan tugu-tugu mazbah dupa tidak akan berdiri lagi.


Di mana-mana sahaja kamu tinggal, kota-kota akan menjadi reruntuhan dan bukit-bukit pemujaan akan menjadi tandus. Dengan demikian mazbah-mazbahmu akan rosak dan musnah, berhala-berhalamu akan hancur dan tersingkir, tugu-tugu mazbah dupamu akan patah, dan benda-benda buatan tanganmu akan lenyap.


Akan Kubinasakan pokok anggurnya dan pokok aranya, yang disebutnya, ‘Inilah upah yang diberikan kepadaku oleh para kekasihku.’ Semua itu akan Kubuat menjadi hutan, dan binatang liar akan memakannya habis.


“Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan hatinya.


Ibu mereka telah bersundal, perbuatan dia yang mengandung mereka sememangnya mengaibkan. Katanya, ‘Aku hendak mengikuti kekasih-kekasihku yang menyediakan rotiku dan airku, bulu dombaku dan kain ramiku, minyakku dan minumanku.’


Patung anak lembumu telah dibuang, wahai Samaria. Murka-Ku menyala-nyala terhadap mereka itu. Sampai bilakah mereka tidak dapat disucikan?


Patung itu berasal dari Israel. Itu dibuat oleh tukang, bukan oleh Allah! Patung anak lembu Samaria itu akan menjadi sekadar kepingan serpihan.


Mereka telah mencabut undi atas umat-Ku, menyerahkan anak lelaki demi perempuan pelacur, dan menjual anak perempuan demi air anggur agar mereka dapat minum.


Aku akan memusnahkan bukit-bukit pemujaanmu dan meranapkan tugu-tugu mazbah dupa serta mencampakkan bangkaimu ke atas bangkai segala berhala kamu. Aku teramat membencimu.


Jangan bawa masuk upah pelacur atau upah perbuatan pelacur lelaki ke dalam Bait TUHAN, Allahmu, untuk membayar nazar apa-apa pun, kerana kedua-duanya itu kekejian bagi TUHAN, Allahmu.


Kemudian kuambil hasil perbuatanmu yang penuh dosa, iaitu arca anak lembu tuangan itu, lalu kubakar habis, kutumbuk, dan kugiling betul-betul sampai halus seperti debu. Setelah itu, kucampakkan debu itu ke sungai yang mengalir turun dari gunung.


Semua bangsa telah minum air anggur hawa nafsunya yang cabul. Raja-raja dunia telah berzina dengannya, dan saudagar-saudagar dunia telah menjadi kaya-raya dari kemewahannya yang melimpah-limpah.”


Raja-raja dunia yang telah berbuat cabul dan hidup mewah dengannya akan menangis dan meratapinya apabila mereka melihat asap api yang membakarnya.


Tetapi keesokan harinya ketika mereka bangun pagi-pagi, tampaklah Dagon terjatuh dengan mukanya tersembam ke tanah di hadapan tabut TUHAN, sementara kepala Dagon dan kedua-dua belah tangannya terpenggal dan terpelanting ke ambang pintu, yang tinggal hanya badan Dagon itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan