Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:6 - Alkitab Versi Borneo

6 “Oleh sebab itu Aku akan menjadikan Samaria timbunan puing di padang, tempat untuk menanam kebun anggur. Aku akan menghamburkan batu-batunya ke lembah dan membuka dasar-dasarnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:6
19 Iomraidhean Croise  

Jika dia masuk ke dalam sebuah kota, semua orang Israel akan memasang tali pada kota itu lalu kita akan menyeretnya ke sungai, sehingga sebutir batu kecil pun tidak terdapat lagi di sana.”


Setelah tiga tahun berlalu, direbutnya kota itu. Jadi, Kota Samaria direbut pada tahun keenam zaman pemerintahan Hizkia, iaitu tahun kesembilan zaman pemerintahan Hosea, raja Israel.


Pada tahun keempat zaman pemerintahan Hizkia, iaitu tahun ketujuh zaman pemerintahan Hosea anak Ela, raja Israel, majulah Salmaneser, raja Asyur, menyerang Samaria dan mengepungnya.


Belum pernahkah kaudengar, bahawa Aku telah menetapkannya sejak dahulukala, dan menentukannya sejak zaman purbakala? Sekarang Aku mewujudkannya, bahawa engkau meruntuhkan kota-kota berkubu sehingga menjadi timbunan puing.


Pernyataan ilahi tentang Damsyik. “Sesungguhnya, Damsyik akan disingkirkan sehingga tidak lagi menjadi sebuah kota. Dia akan menjadi timbunan puing.


Tembok-tembokmu yang berkubu dan tinggi akan dirobohkan-Nya, direndahkan-Nya, dan diratakan-Nya dengan tanah serta debu.


Sesungguhnya, Engkau telah membuat kota itu menjadi timbunan batu, kota yang berkubu menjadi puing-puing. Puri orang asing tidak lagi menjadi kota, tidak akan dibangunkan lagi untuk selama-lamanya.


Engkau akan menanam kebun anggur kembali di gunung-gunung Samaria. Para penanam akan menanam dan akan menikmati hasilnya.


“Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai gunung pemusnah, yang memusnahkan seluruh bumi,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan menghulurkan tangan-Ku terhadap engkau, menggulingkan engkau dari bukit batu, dan menjadikan engkau gunung yang terbakar.


Babel akan menjadi timbunan puing, sarang kawanan serigala, tempat kengerian dan cemuhan, tanpa penduduk.


Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan puing, sarang kawanan serigala. Aku akan menjadikan kota-kota Yehuda sunyi sepi, tanpa penduduk.”


Betapa pudar sudah emas itu, betapa berubah emas murni itu! Batu-batu suci itu bertaburan di hujung setiap jalan.


Aku akan meruntuhkan tembok yang kamu labur dengan air kapur itu dan meratakannya ke tanah sehingga dasarnya kelihatan. Kota itu akan roboh dan kamu akan dilenyapkan di dalamnya. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.


Samaria akan menanggung kesalahannya, kerana dia telah menderhaka terhadap Allahnya. Mereka akan tewas oleh pedang, bayi-bayi mereka akan dihempaskan, dan perut kaum perempuan mereka yang mengandung akan dirobekkan.”


Maka atas sebab kamu menginjak-injak orang miskin dan mengambil riba gandum daripadanya, sungguhpun kamu membangunkan rumah daripada batu pahat, kamu tidak akan mendiami rumah itu. Sungguhpun kamu menanam kebun-kebun anggur yang indah, kamu tidak akan meminum air anggurnya.


Tuhan Allah telah bersumpah demi diri-Nya, demikianlah firman TUHAN, Allah alam semesta: “Aku amat membenci keangkuhan Yakub dan Aku membenci puri-purinya. Akan Kuserahkan kota itu berserta segala isinya.”


Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.


Engkau maju untuk menyelamatkan umat-Mu, untuk menyelamatkan orang yang Kaulantik. Engkau meremukkan bumbung rumah orang fasiq dan membongkar dasarnya sampai bahagian teratasnya. Sela


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seketul pun batunya akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan