Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Sesungguhnya, TUHAN datang dari tempat-Nya, dan Dia kelak datang menjejak tempat-tempat tinggi di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci; Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci; Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:3
15 Iomraidhean Croise  

Pandanglah setiap orang yang sombong dan tundukkanlah dia, injaklah orang fasiq di tempatnya.


Namun Allah kami di syurga; Dia melakukan apa yang disukai-Nya.


Kuasa TUHAN akan melindungi gunung ini, sedangkan Moab akan diirik di tempatnya seperti jerami diirik di lubang kotoran.


Sesungguhnya, TUHAN hendak datang dari kediaman-Nya di syurga untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahannya. Bumi akan memperlihatkan darah yang tertumpah di atasnya, dan tidak akan lagi menutupi mayat orang yang tewas di atasnya.


Maka Roh Allah mengangkat aku, lalu kudengar di belakangku suara gemuruh yang besar mengatakan, “Segala puji bagi kemuliaan TUHAN di tempat Dia bersemayam!”


Sesungguhnya, Dia yang membentuk gunung dan yang menciptakan angin, yang memberitahukan kepada manusia isi fikiran-Nya, yang membuat fajar menjadi gelap, dan yang memijak tempat-tempat tinggi di bumi — TUHAN, Allah alam semesta, itulah nama-Nya.


Tuhan, Allah alam semesta, Dialah yang menyentuh bumi sehingga bumi luluh dan semua penduduknya berkabung. Semuanya akan meluap seperti Sungai Nil dan surut seperti Sungai Nil di Mesir.


ALLAH Tuhan kekuatanku. Dia membuat kakiku melangkah seperti kaki rusa, dan melancarkan jejakku di tempat-tempatku yang tinggi. (Untuk pemimpin biduan dengan alat muzik bertali).


Pada hari itu Dia akan berdiri di atas Bukit Zaitun, yang berhadapan dengan Yerusalem di sebelah timur. Bukit Zaitun akan terbelah dua dari timur ke barat, sehingga terjadilah sebuah lembah yang amat besar. Separuh daripada bukit itu akan berpindah ke sebelah utara, manakala separuh lagi ke sebelah selatan.


Dibuat-Nya dia menunggangi tempat-tempat tinggi di bumi, sehingga dia menikmati hasil ladang. Dibuat-Nya dia menghisap madu daripada bukit batu, dan minyak dari batu pejal yang keras,


Berbahagialah kamu, wahai Israel! Siapakah seperti kamu? Kamu ialah bangsa yang diselamatkan TUHAN. Dialah perisai penolongmu dan pedang kejayaanmu. Musuh-musuhmu akan mengekot merendahkan diri kepadamu dan kamu akan menginjak-injak tempat-tempat tinggi mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan