Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian! Perhatikanlah, wahai bumi dan segala isinya! Biarlah Tuhan Allah menjadi saksi terhadap kamu, TUHAN dari Bait-Nya yang suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dengarlah, hai semua bangsa; perhatikanlah, hai semua penduduk dunia! TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua. Dengarlah! Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dengarlah, hai semua bangsa; perhatikanlah, hai semua penduduk dunia! TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua. Dengarlah! Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:2
33 Iomraidhean Croise  

Kata Mikha, “Jika tuanku betul-betul kembali dengan selamat, bererti TUHAN tidak berfirman melalui aku.” Lalu dia berkata, “Dengarlah, wahai bangsa sekalian!”


Kata Mikha, “Jika Tuanku betul-betul kembali dengan selamat, bererti TUHAN tidak berfirman melalui aku.” Lalu dia berkata, “Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian!”


TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia.


Bumi ini milik TUHAN dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya;


Dengarlah suaraku merayu apabila aku berseru kepada-Mu, apabila aku mengangkat tangan ke arah khemah suci-Mu.


Allah, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah berfirman dan berseru kepada bumi daripada terbitnya hingga terbenamnya matahari.


Kalaulah Aku lapar, Aku tidak akan memberitahumu, kerana dunia ini milik-Ku, dengan seluruh isinya.


“Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan berfirman, Wahai Israel, Aku akan naik saksi tentang kesalahanmu: Akulah Allah, Allahmu.


“Hai umat insan, kepadamulah aku berseru, kepada semua anak manusia seruanku ditujukan.


Dengarlah, wahai langit, dan perhatikanlah, wahai bumi, kerana TUHAN berfirman, “Aku telah membesarkan anak-anak dan mengasuh mereka, tetapi mereka menderhaka terhadap Aku.


Wahai seluruh penduduk dunia, wahai orang yang mendiami bumi, apabila panji-panji diangkat di atas gunung-gunung, kamu akan melihatnya, apabila sangkakala ditiup, kamu akan mendengarnya!


Tuhan ALLAH menolong aku, sebab itu aku tidak mendapat aib. Oleh sebab itu pula aku menetapkan hatiku seteguh batu api, dan aku tahu bahawa aku tidak akan malu.


Wahai negeri, negeri, negeri, dengarlah firman TUHAN!


kerana mereka telah melakukan kekejian di Israel. Mereka telah berzina dengan isteri jiran mereka dan telah mengucapkan perkataan dusta atas nama-Ku — hal yang tidak pernah Kuperintahkan kepada mereka. Aku mengetahuinya dan menjadi saksinya,’ demikianlah firman TUHAN.”


Kata mereka kepada Yeremia, “Semoga TUHAN menjadi saksi yang benar dan setia antara kita, sekiranya kami tidak bertindak tepat seperti segala firman yang akan disampaikan TUHAN, Allahmu, kepada tuan untuk kami.


Dengarlah, wahai bumi! Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka kepada bangsa ini sebagai akibat daripada rancangan-rancangan mereka, sebab mereka tidak mahu memerhatikan firman-Ku dan menolak hukum-Ku.


Ketika jiwaku sedang rimpuh dalam diriku, aku teringat kepada TUHAN, dan doaku sampai kepada-Mu, ke Bait-Mu yang suci.


Mereka yang bersandar pada berhala yang tidak berguna, sekadar menyingkirkan kasih setia yang tersedia bagi mereka.


Tetapi TUHAN hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


Kamu bertanya, “Mengapakah demikian?” Kerana TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar.


“Akan Aku hampiri untuk menghakimi kamu. Dengan pantas Aku akan bersaksi terhadap para ahli sihir, dan terhadap para penzina, terhadap orang yang bersumpah dusta, terhadap orang yang menindas pekerja upahan, balu, dan anak yatim, serta terhadap orang yang menafikan hak para pendatang, tanpa sebarang rasa takut kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


“Berikanlah perhatian, wahai langit, aku hendak berkata-kata. Dengarlah, wahai bumi, ucapan mulutku.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah.”


Jika kamu bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Jika kamu bertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Maka para pemimpin Gilead itu berkata kepada Yefta, “Demi TUHAN yang mendengar dan menjadi saksi antara kita, kami pasti melakukan seperti yang kamu katakan itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan